Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pokok kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....


Friday, May 15, 2009

Shisha Vs Rokok~~

Sekian lama aku berdiam diri, aku kembali dengan post baru.... lebih hangat daripada biasa... hahaha... bace jgn tak bace..... penting...

Ape Itu Tembakau??

tembakau adalah bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan berzaman lamanya, digunakan bukan sahaja utk bersuka ria tetapi sebagai satu acara daam upacara kebudayaan dan keagamaan. dan hari ini merokok menjadi suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat, sehingga dipandang sebagai satu norma yang membanggakan.


Kandungan bahaya dalam rokok (fakta)

setiap btang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan 4000 bahan kimia yg beracun, yg mana dengan stiap sedutan menyerupai satu sedutan MAUT. Antara kandungannya termasuklah BAHAN RADIOAKTIF-POLONIUM 201 (ni takde kaitan ngn radio yg kite dgr tu), CAT (ACETONE), PENCUCI LANTAI (AMMONIA), UBAT GEGAT (NAFTALENE), RACUN SERANGGA (DDT), RACUN ANAI2 (ARSENIC), GAS BERACUN (HYDROGEN CYANIDE) yg mana digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah hukuman mati, dan byk lagi sebenarnya. bagaimanapun racun yg paling2 penting ialah TAR, NIKOTIN, KARBON MONOKSIDA.

TAR mengandungi at least 43 bahan kimia yg diketahui mnjadi penyebab KANSER. bahan seperti ENZOPYRENE telah lama disahkan sebagai ejen yg memulakan KANSER... sekali lagi saya tekankan, KANSER....

NIKOTIN, same je cam heroin, amfetamin, dan kokain. pernah dengar bende2 sume ni kan? dikaji sume tu bertindak balas dalam otak dan mempunyai kesan kepada LIMBIC SYSTEM, yg mnjadi punca utama KETAGIHAN. kita sendiri pernah melihat seseorg yg kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti gangguan akal dan dalam keadaan yg tertekan sekali. oleh itu sememangnya sukar utk meninggalkan tabiat itu utk slamanya. dan nikotin juga dikatakan menjadi punca utama penyakit JANTUNG & STROK (apabila saluran darah ke otak tersekat). satu perempat mangsa pesakit jantung adalah berpunca daripada tabiat merokok. di malaysia sakit jantung adalah penyebab utama kematian dan strok pula berada di tangga keempat.

KARBON MONOKSIDA- gas beracun yg biasa kluar dari asap kenderaan yg mana boleh menjejaskan bekalan oksigen ke tisu2 bdan manusia sehinggakan menjadi terencat dan akhirnya menyebabkan maut sekiranya parasnya melebihi 60% dlam badan. apabila ia masuk ke dalam badan ia akan mmbawa kerosakan pada setiap organ disepanjang laluannya; hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, peparu, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, pundi kencing, saluran2nya shingga sebahagian daripada racun2 itu dikeluarkan dari badan.

Shisha atau Rokok lebih merbahaya??

sbtg rokok biasanya mengambil masa 5-7 minit, 8-12 hembusan dan kira2 0.6 liter asap akan disedut. manakala utk satu sesi shisha mengambil masa kira2 20-80 minit, 50-200 hembusan dan 30-200 liter asap akan disedut. ini menunjukkan satu sesi shisha, seseorg akan menyedut lebih byk asap berbanding dengan menghisap 100 atau lebih batang rokok.

seseorg yg mengambil nikotin, seperti merokok akan mengalami ketagihan. mereka mengambil sejumlah nikotin sehingga memenuhi kepuasan ketagihan mereka. tetapi dalma kes shisha ini, kandungan nikotin yg rendah mengakibatkan seseorg mengambil masa yg lama utk sampai ke tahap kepuasan ketagihan mereka. ini menyebabkan penghisap shisha lebih byk terdedah kepada bhan kimia penyebab kanser dan gas merbahaya seperti karbon monoksida daripada penghisap rokok biasa.....


Permasalahan antara Shisha dan Rokok

-adakah air dalam shisha menapis (menyaring) gas dan asap yg berbahaya?

air hanya menapis keluar sejumlah kecil nikotin, tar, karbon dioksida dan logam yg terdapat dalam asap shisha. contohnya 5% nikotin disaring keluar kedalam air. saringan nikotin pula tidak memberi kesan yg baik pun, kerana seseorg akan meningkatkan lagi jangkamasa sesi shisha mereka sehingga mencapai tahap kepuasan ketagihan. ini menyebabkan kuantiti nikotin yg diambil meningkat.

-adakah shisha lebih selamat berbanding dengan rokok kerana kuantiti nikotinnya yg lebih rendah?

kajian yg dibuat mendapati bahawa mereka yg menghisap shisha setiap hari, menyedut sejumlah nikotin yg sama byk dengan sebyk 10 btg rokok setiap hari. manakala mereka yg menyedut dengan kekerapan 3 atau 4 hari sekali, menyedut sejumlah kuatiti nikotin yg sama dengan mereka yg menghisap 2 batang rokok sehari.

-benar ke shisha ni tak bahaya berbanding rokok kerana tembakaunya tidak dibakar?

walaupun tembakau dalam shisha hanya dipanaskan, tetapi ia tetap menghasilkan asap. lagi2 tembakau ni dinyalakan dengan arang yg mana membebaskan karbon monoksida. paras kandungan gas karbon monoksida yg dihasilkan oleh shisha boleh jadi sama atau lebih tinggi daripada rokok biasa.

Risiko penghisap shisha atau rokok

-kanser paru2
-kanser mulut dan tekak
-kanser perut dan usus
-tekanan darah tinggi dan sakit jantung
-bayi akan mengalami kurang berat badan dan kesukaran bernafas apabila si ibu menghisap shisha atau rokok semasa mengandung
-keguguran
-seseorg yg menghisap 20 btg sehari 4-5kali berisiko mengidap TB (batuk kering)
-wanita yg tinggal dengan perokok 70% lebih mudah terdedah kepada kanser payu dara.
-asma dan lain2 penyakit paru2
-lain2- kanser hati, kanser pankreas, kanser pundi hempedu, kanser rahim, leukemia, dll...

*kajian menunjukkan mereka yg tinggal dengan perokok berisiko 20-30% mengidap kanser paru2, manakala mereka yg terdedah kepada asap rokok ditempat kerja, 16-19% lebih berisiko mengidap kanser.

Cara berhenti Merokok!!!

-SET
- Tetapkan tarikh utk berhenti
-TELL - beritahu ahli keluarga dan kawan2
-ANTICIPATE -
merancang dan bersedia menghadapi cabaran dalam proses berhenti
-REMOVE - buang semua rokok dan apa jua yg berkaitan dengannya
-TALK berjumpa dan berbincang dengan doktor meminta nasihat dan bantuan

*saya pernah terlihat di iklan tv kat msia, ada satu ubat tu dipanggil SDETOX, yg mana perokok2 yg ingin berhenti merokok boleh mencuba ubat itu. insyaAllah ketagihan anda akan berkurangan~

Leia Mais