Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pokok kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....


Monday, March 29, 2010

Anomalies is more difficult than the Normal!

Baik!! aku nak korg bersyukur dengan ape yg Tuhan da kurniakan dekat korg sume... Sbb ape? once korg da SAKIT, mase tu lah sume keje korg terbantut, korg duk tertiarap jer atas katil, menahan sakit... Then mase tu lah korg ingat kat Tuhan.. bukan cakap mase sihat itu korg tak ingat langsung kat tuhan.. tapi mase sakit ni ingatan korg dekat Maha Pencipta lebih dari segala2nya... dan masa sakit korg tak akan pikir dekat KERETA ke, RUMAH ke, HENSET ke. Dan bila akhirat nanti semua manusia akan menyesal dengan amalan diatas muka bumi.. Sedangkan nabi yg mempunyai amalan yg jauh dari manusia biasa boleh menyesal kerana tidak memperbanyakkan amalan mereka, inikan kite pula yg sedikit amalan dan bergelumang dengan dosa... Dan disini aku nk highlightkan HARGAI organ2 anda!!

hari ni aku mendapat kejutan dari DOC IMAN~ aku masuk je lab PATHOLOGY aku dah tercengang sbb sume org senyap dan membelek2 buku masing2.. sekali doc ckp nk buat exam... sudah.. aku sniri tak revise betul2 lagi slide2 tu sume... sekali nk masuk exam dah! walaupun doc cam nk test nk tgk kite stdy ke tak tapi aku rase tak sedap hati jugak la kalo tak leh jawab.. takut doc TERASA.. maklumlah... doc da susah payah mengajar, tapi aku tak leh jawab jugak.. xnak jugak sakitkan hati doc.. nnti tak BERKAT ilmu yg dapat...nk tak nak dengan mase yg ciput tu jugak aku turut serta membaca buku ngan kawan2 aku yg len..

Okeh.. ape yg aku dapat dari exam tadi adalah:
1. 2 slide tak la susah utk diagnose
2. 1 slide yg membuat aku pkir pnjg utk diagnose
3. 2 slide tu aku betul
4. 1 slide lagi aku salah (naseb baik rmai jgk salah yg tu)

knp ramai yg salah?? haha... sbb penyakitla... tajuk aku kali ni adalah
"Anomalies is more difficult than the Normal!"

tahun 1 / 2 dulu aku asyik belajar dengan mende2 yg normal jer... contohnye bljr sal paru2... bile korg tgk ikut microscope, byk mne slide yg korg tgk, structure die tak lari sgt... macam dalam gmbr ni hah...



Normal Lung

soo... bile naik tahun 3 ni korg tahu la kan... kene blaja satu subjek tu yg bernama BATHOLOGY (spelling yg betulnya adalah pathology.. disebabkan lahjah arab yg agak kelakar itulah jadinye.. ba alif tha wau lam wau jim ya.. bathology...) subjek ni kerja korg blaja sal penyakit jer...contoh dekat peparu korg.. mcm2 penyakit boleh kene... lepas tu, nk DIFFERENTIATE antara penyakit dan penyakit yg lain ni agak sengal la... skali tgk cam same jer sume.. dua kali tengok macam ape ntah.. tiga kali tgk aku dah pening (sbb aku ade light sensitivity.. tak leh tgk cahaya lame2 jadi pening kepala...)

disini aku letakkan beberapa gmbr yg menyebabkan aku tersalah diagnose mase exam takdi... sbb ape? aku tertukar.. aku ingat sakit A rupanye sakit B...kalo dah jadi doc betul2 tersalah diagnose boleh menyebabkan kematian pesakit. so hari ni, sorg pesakit telah meninggal ditgn ku.. (trime kasih utk doc marami sbb ko mlas stdy sape suruh)


Pulmonary Tuberculosis



Acute Lobar Pneumonia



Emphysema


Chronic Venous Congestion of Lung

kalau diperhatikan balik... keempat2 penyakit ni adalah sumenye penyakit peparu.. kalu diCOMPAREkan dengan gmbar asal (normal lung) adalah amat berbeza sekali dengan ape yg tuhan dah kurniakan sejak azali... sampaikan structure asal peparu tu pun dah tak nampak lg dah... dan antara keempat2 penyakit ni lebih kurang same jer... ade warna pink... warna biru... boleh pening kalo macam ni...huhuhu..soo.. pointnya disini! :-

1. bersyukur dengan nikmat yg tuhan berikan
2. jgn rusakkan nikmat2 yg tuhan berikan (fabiayyiala irabbikuma tukazzibaan~)
3. jgn cari pnyakit, sbb susah lak kami nk diagnose nnti.. hehehe.. bergurau.. tapi kalo dah sakit tu nk buat camne kan?
4. buat mereka2 yg sakit, takpelah korg sakit sampai berpuluh2 tahun tapi korg kene yakin sakit itu kifarah dosa...
5. sentiasa bersedia! (jgn tgu doc nk ckp nk buat exam baru nk stdy)
6. fahami profesyen seorg doc... menjadi seorg doc bukan mudah.. bglah kami peluang... kami yg sgup utk mengambil course ini tak pernah merungut ke ape.. kami belajar dngn penuh sabar, insyaAllah bila da jadi doc kami nk jugak tgk senyuman2 kat patient kami sebab sembuh dari penyakit, hasil dari pengorbanan kami sekarang...


*exam mode... bile nmpk muka surat kat buku ade byk lagi yg belum direvise, aku pulak gatal2 tangan nk update blog... utk perkongsian ramai... hehehe

Leia Mais

Wednesday, March 24, 2010

Imtihan~


Salam bahagia sume... gmbr diatas sudah terang lagi bersuluh menunjukkan itu adalah jadual utk final exam fakulti perubatan tahun 3 ain shams.. dan dengan terkeluarnya jadual ini, sudah tentu ada yg berkira2 mahu pulang utk ke malaysia... tapi ape2 pun dahulukan exam sblm berkira2 utk pulang ke msia atau tidak.. seeloknye kira dulu kemampuan utk menempuhi exam kali ni.. mampu tak kita mengatasi imtihan kali ini...

seperti yg kita tahu sememangnya imtihan tahun 3 ni memang kritikal dikalangan student2 medic.. disebabkan subjek2nye yg MEMBUNUH! kalau diikutkan rekod2 senior tahun2 lepas, smmgnya peratusan yg terkandas/resit paper adalah agak tinggi... dan sememangnya sebelum saya menempuhi tahun 3, saya sudah dinasihati oleh seorg senior saya dari tanta.. ringkas sahaja pesanan dia tapi merungkai maksud yg mendalam...

"Selamat menempuhi tahun 3"

dan kini saya dah lebih separuh jalan berada di tahun 3... dan sememangnya saya akui tersangat sibuk lah rasenye tahun ini...(ayat ape ni?) bukan kelas sampai ke malam ke ape.. tapi subjek yg dipelajari itu yg membebankan.. kadang2 terasa jugak give up.. tapi bila memikirkan yg saya sedang membawa amanah dari keluarga dan yayasan terengganu sendri, saya cuba jugak utk tidak berputus asa.. memang mulut mudah berkata utk tidak give up.. tapi bg sesiapa yg berada di tahun 2, atau 1, diharap kalian dapat bersedia dari segi mental dan fizikal.. smmgnya saya mendapat byk rungutan dari junior2 tapi PERCAYALAH bahawa bila anda berada ditahun 3, anda sepatutnya merasa bersyukur sbb bebanan di awal tahun pembelajaran medic ini tidak se susah tahun 3...

mendengar juga rungutan2 junior2 yg mengeluh tidak semangat, putus asa dalam pelajaran... tapi kalian kena tahu... itu baru sahaja sbhgian kecil dari ilmu perubatan ini... jangan mudah berputus asa.. bukan saya disini ini melemahkan semangat kamu.. saya dengan yakin rakan2 saya yg lain boleh mengatasi halangan ini dengan mudah.. kerana kalian dikurniakan otak2 yg cerdas kesemuanya... berbanding dengan saya.. smmgnya saya akui sy mempunyai otak yg agak lembap.. tapi alhamdulillah TUHAN telah kurniakan kepada saya satu sifat RAJIN dalam diri saya utk tekun dalam belajar.. sememangnya tuhan itu maha adil... kekurangan dalam diri saya, ditampung dengan kelebihan2 yg lain...

kalau diikutkan saya tidak mempunyai masa yg ckup utk menulis di blog, tapi saya rasa ini adalah salah satu jalan saya utk melepaskan sedikit tekanan daripada kuliah2 dan praktikal2 yg saya tempuhi sepanjang hari... merehatkan sedikit otak dari terus menerus menelaah pelajran.. so tidak salah juga kita spend mase kita utk benda yg kita suka kan?

maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana penulisan saya kali ini tidak lah baik sgt, kerana agak kekok utk menulis.. tidak byk yg saya tulis utk tahun 3 ini... sbrang kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendri...

Leia Mais

Saturday, March 06, 2010

Pergi Tak Kembali....


pergi tak kembali... bila ku dengar lagu ini, kuteringat arwah Ustaz Asri, bekas vokalis kump rabbani menyanyikan lagu ini.. dan juga lagu pergi nyanyian aizat.... kedua2 lagu ini membawa mesej org yg telah pergi dan tak kembali... pergi menemui Maha Pencipta.. sekali sekala ia mengingatkan aku tentang hidup ini tidak kekal... kita bakal dipanggil oleh pencipta kita..

kehidupan aku di bumi anbiya' ini selalu mengingatkan aku kepada mati. hampir setiap kali aku sembahyang di Masjid Nur yg mana berdekatan dengan rumahku, sering kali solat jenazah diaadakan. dan baru tadi aku memerhati kejadian ini... aku bandingkan bagaimana solat jenazah di malaysia dan disini

1. selepas solat fardhu, tentu ada sahaja jenazah yg menunggu dibelakang utk disembahyangkan. Berbanding dengan di malaysia, belum pernah lagi aku menyembahyangkan jenazah selepas solat fardhu. yang aku pernah rasa ialah semasa waktu solat dhuha. bukan bermakna sembahyang selepas solat fardhu lebih afdhal, tetapi apa yg aku ingin mksudkan disini adalah kerapnya org2 disini menyembahyangkan jenazah. hampir setiap waktu ade saja jenazah utk di sembahyangkan

2. semua jemaah yg selesai sembahyang fardhu tadi berpakat mendirikan saf menyembahyangkan jenazah.. tidak ade sorg pun yg kuar dari saf.melainkan beberapa org yg ada kerja utk dibuat (husnu zon). ramainya seperti solat fardhu sedang didirikan.

3. sebelum solat, imam akan menerangkan cara2 sembahyang jenazah. ada juga dimulakan tazkirah2 pendek dengan menyebut hadis2 dan ayat2 al-quran yg berkaitan dengan mati.... walaupun setiap kali tazkirah itu diulang, setiap kali ia didirikan, semua jemaah mendengarnya seperti mendengarnya utk kali pertama

4. setelah selesai solat, sume jemaah berpakat, berebut2, bergilir2 mengusung jenazah utk dibawa ke kereta mayat..aku fikir mereka tahu besarnya fadhilat mengiringi jenazah utk dikebumikan

5. tiada upah yg diberikan kepada jemaah yg sudah menyelesaikan solat jenazah.berbanding dimsia, sudah tentu ada bungkusan duit diberikan kepada jemaah.(kat msia gi smyg sbb nk duit..astaghfirullah..ape nk jadi ngan aku..duk sini baru blajar nk solatkan jenazah org..)

p/s : manisnya tarbiyah mesir ini... dan diharap aku boleh membawa tarbiyah ini pulang ke malaysia.. sebab kat sini boleh katakan sume org tahu smayang jenazah berbanding dengan org2 di malaysia.. kemungkinan mereka yg bersekolah di sekolah agama je tahu...

Leia Mais

Wednesday, March 03, 2010

Selamat Pengantin Baru!

gmbr ini bukan sekadar hiasan ye... kiri : poksdare; kanan : mok sdare baru!

post ni khas utk bapa saudara aku yg baru saja mendirikan rumah tangga.. barakallahulakuma wa baraka'alaikuma wa jama'a bainakuma fikhair... (ala2 lagu maher zain..walaupun skrg tgh dengo lagu yuna..hehe).. semoga ikatan yg terjalin ini kekal hingga ke syurga, dikurniakan cahaya mata yg ramai yg soleh serta solehah belaka.

dengan terjalin hubungan Mohd Zalang bin Mohd dan Kak Syikin (tak tahu name penuh lagi!) maka dengan ini terlerai la tanda tanya bila lagi pok awang nk nikoh?? hahaha.. selalunya bapa saudara aku yg inilah sering diusik mengenai soal kawin2 ni.. sbb da lame menduda... muka hensem, harta ada, takkan la takde yg berkenan dihati kan?? yg aku tak puas ati ni knp mase aku takde kat msia??? jeles laa nk tgk pok awang kawen neh.. hins3x..

kpd psgn2 yg lain, yg bakal berkahwin, kawan2 ke, senior2, kalo junior2 dah ade hasrat yg nk kawin tu, (diri sendiri tak yah cakap la kan?) pasang la niat tu betul2.. nikahi wanita itu bukan kerana niat lain, kerana niat utk mendekatkan diri kpada Allah Taa'la..

Saidina Abbas r.a. berkata:

“Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin.”

dan Abdullah Mas'ud juga pernah berkata “seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang".... dan sememangnya nikah adalah sunnah yg dituntut oleh nabi...


merpati dua sejoli~~

TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI

1) Dapat menghasilkan keturunan dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka.

2) Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.

3) Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain

4) Dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat.

5) Dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:

i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.


Dan antara kelebihan2 seorg wanita itu berkahwin..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.... Wallahua'lam....

si kecil tak kurang heppynya time ade kawen2 ni....

ambillah pengajaran dari crite bawah ni... jgn jadi seperti begini yep!!



p/s : yg menulis post ini belum pun lagi berkahwin... ditambah dengan ilmu didada belum pun ckup... seandai ada salah silap dalam post ini, harap dimaafkan... kerana saya hanya menulis dengan apa yg saya tahu.... :)



Leia Mais