Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pokok kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....


Saturday, March 06, 2010

Pergi Tak Kembali....


pergi tak kembali... bila ku dengar lagu ini, kuteringat arwah Ustaz Asri, bekas vokalis kump rabbani menyanyikan lagu ini.. dan juga lagu pergi nyanyian aizat.... kedua2 lagu ini membawa mesej org yg telah pergi dan tak kembali... pergi menemui Maha Pencipta.. sekali sekala ia mengingatkan aku tentang hidup ini tidak kekal... kita bakal dipanggil oleh pencipta kita..

kehidupan aku di bumi anbiya' ini selalu mengingatkan aku kepada mati. hampir setiap kali aku sembahyang di Masjid Nur yg mana berdekatan dengan rumahku, sering kali solat jenazah diaadakan. dan baru tadi aku memerhati kejadian ini... aku bandingkan bagaimana solat jenazah di malaysia dan disini

1. selepas solat fardhu, tentu ada sahaja jenazah yg menunggu dibelakang utk disembahyangkan. Berbanding dengan di malaysia, belum pernah lagi aku menyembahyangkan jenazah selepas solat fardhu. yang aku pernah rasa ialah semasa waktu solat dhuha. bukan bermakna sembahyang selepas solat fardhu lebih afdhal, tetapi apa yg aku ingin mksudkan disini adalah kerapnya org2 disini menyembahyangkan jenazah. hampir setiap waktu ade saja jenazah utk di sembahyangkan

2. semua jemaah yg selesai sembahyang fardhu tadi berpakat mendirikan saf menyembahyangkan jenazah.. tidak ade sorg pun yg kuar dari saf.melainkan beberapa org yg ada kerja utk dibuat (husnu zon). ramainya seperti solat fardhu sedang didirikan.

3. sebelum solat, imam akan menerangkan cara2 sembahyang jenazah. ada juga dimulakan tazkirah2 pendek dengan menyebut hadis2 dan ayat2 al-quran yg berkaitan dengan mati.... walaupun setiap kali tazkirah itu diulang, setiap kali ia didirikan, semua jemaah mendengarnya seperti mendengarnya utk kali pertama

4. setelah selesai solat, sume jemaah berpakat, berebut2, bergilir2 mengusung jenazah utk dibawa ke kereta mayat..aku fikir mereka tahu besarnya fadhilat mengiringi jenazah utk dikebumikan

5. tiada upah yg diberikan kepada jemaah yg sudah menyelesaikan solat jenazah.berbanding dimsia, sudah tentu ada bungkusan duit diberikan kepada jemaah.(kat msia gi smyg sbb nk duit..astaghfirullah..ape nk jadi ngan aku..duk sini baru blajar nk solatkan jenazah org..)

p/s : manisnya tarbiyah mesir ini... dan diharap aku boleh membawa tarbiyah ini pulang ke malaysia.. sebab kat sini boleh katakan sume org tahu smayang jenazah berbanding dengan org2 di malaysia.. kemungkinan mereka yg bersekolah di sekolah agama je tahu...

2 comments:

Nadhirah Ahmad said...

fest time dgr smyg jnzh dpt duit.

Dr Marami said...

sbb org puan dok smyg mayat kot.. bg duit tu mcm adat org melayu.. mcm ge org kawen kang.. bg pitih gok.. tapi mende tu bukan wajib pom