Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pokok kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....


Tuesday, February 23, 2010

Kosong


mula : 345am

mata aku masih lagi terbuka luas mengadap laptop milik kawan aku... tangan yg masih berbalut bandage tetap menggagahi jari jemari bermain2 di keyboard... dengkuran dari rakan di katil sedikit sebanyak menggoda aku utk turut sama berada di kamar yg empuk.. lagu KONAYUKI ku ulang berkali2... bukan ku tak bosan... tapi bila ku imbas kembali dengan crite yg dikaitkan dengan lagu ini (1 Litre of Tears) terasa mendalam maksud lagu ini... walaupun dinyanyikan dalam bahasa jepun, seperti aku paham bait2 lirik yg dinyanyikan itu

beberapa bulan aku sering ditanya oleh rakan2ku tentang blog aku. apakah aku telah berhenti menulis.. bukan aku tak mahu menulis, tetapi seperti kekuatan yg ku ada sebelum ini telah lenyap... tahun 3 di mesir ku anggap tahun yg terburuk utk aku... dari segi pelajaran mahupun dari segi pergaulan aku.... seperti aku lebih banyak menyendiri.. dan terkadang aku tersilap kata mengguris hati kawan2... emosi ku tak menentu ditambah bebanan pelajaran yg makin berat... pernah aku give up utk tahun 3 ini, tapi kwan2 la pembakar semangat.... memujuk aku utk terus berjuang di medan ini...

dah dua malam ku cuba utk habiskan silibus yg aku belajar dalam kelas... tapi semuanya gagal... bukan aku tak tahu final dah dekat... walaupun baru jer melepasi cuti pertengahan tahun, bukan bermakna aku boleh bernyawa dari lemas kesibukan, tetapi aku seperti ditarik pelampung yg diberi sebelum ini.. dan kini aku harus berenang keseorangan... melawan badai yg makin hebat...

esok datang lagi.. dan aku masih mencuba mencari rentak dalam pelajran... dikurniakan otak yg tidak secerdas rakan2, aku harus berusaha lebih keras... 2 tahun sebelum ini aku berhempas pulas.. membuktikan kerajinan mampu mengatasi kecerdasan... tapi tahun ini seakan benda itu tak dapat kubuktikan.. tak kira byk mana aku usaha, tapi aku tak dapat apa yang aku usahakan itu...

"Allah tak tengok natijah kita, Allah melihat usaha kita"... ku ulangi ayat ini berulang2 utk membakar semangat aku dalam belajar... biarlah apa pun keputusan yg aku dapat utk exam kali ni... asalkan usaha aku utk kearah itu lebih dari org lain.... jgn usaha hanya sebiji sawi tapi mengharapkan natijah sebidang sawah...

malam ini aku jatuh lagi... ku harap malam2 yg lain aku bangkit kembali.........

tamat : 412am

3 comments:

amy mohd nor said...

aiseyh.gile lame kau tunggu,baru tubit.he he he never give up fwens.ilmu yg susah kite nk dpt insyaAllah susah nk dilupakan.

amy mohd nor said...

typoo : aku*

Dr Marami said...

hihihi...menunggu ke post dari aku... terharu aku amy.... wink3