Assalamualaikum
Saya bukanlah orang yang selayaknya utk berbicara mengenai agama kerana lebih ramai lagi yang lebih berhak dan sememangnya mempunyai ilmu agama yang lebih mantap. kalau dibandingkan dengan saya ibaratnya seperti langit dan bumi.. tapi walaubagaimana pun saya terpanggil juga utk menaburkan usaha saya ke jalan daie ini.. atas anjuran Rasulullah didalam sabdanya :
ballighu a'nni walau ayah...sampaikan daripadaku walau sepotong ayat
tuhan tidak akan bertnya berapa ramai kita telah mengislamkan orang, tapi Dia akan tanya adakah kamu telah menjalankan tanggungjawabmu dalam dakwah?
tapi amatlah malang sy lihat disekeliling saya kerana ramai yg salah menggunakan jalan dakwah yang dianjurkan oleh Al-Quran dan As-sunnah..
1. orang2 yang jahil dalam agama sering di pinggirkan, dipulaukan, atas sebab kebencian daripada org2 yg berdakwah itu sendiri.. mereka lebih gemar berada atau berkawan dalam kelompok mereka sendiri.. pada mereka tidak layak utk mereka bercampur dengan golongan2 sebegini.. padahal apa yg sptutnya dilakukan ialah membawa mereka ke jalan yg benar.. bukan dengan cara membnci mereka dan meminggir2kan mereka
2. orang2 jahil selalu dihina atas kejahilan mereka, keburukan mereka. sehinggakan ada benda yg tak salah pun dikatakannya salah juga. mungkin disebabkan mereka sudah ditanam dengan kebencian terhadap org2 yg jahil ini membuatkan mereka boleh menghina orang sesuka hati... sememangnya manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.. tak perlu sebenarnya utk kite membesarkan kesalahan2 mereka... sebaliknya kita hendaklah mendidik mereka, menegur mereka dengan cara yg betul. bila org2 sebegini didakwah dengan cara yg kasar, sudah tentu mereka akan lari dari ajakan2 dakwah..Demikian pula apa yang difirmankan Allah pada Nabi Muhammad, bagaimana beliau harus berdakwah kepada umatnya
﴾"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (Ali Imran: 159)7.
3. org yg berdakwah itu berbangga dengan diri mereka.. ini juga antara kesilapan para pendakwah kita.. meninggi diri.. disamping menghina org.. method sebegini jika melalui logik akal adakah akan diterima oleh masyarakat? sudah tentu tidak.apa yg sepatutnya ialah seorg pendakwah mestilah Ikhlas dalam berdakwah. Yaitu karena Allah semata, tidak ingin riya, popularity, pangkat, kepemimpinan, dan tidak pula karena tujuan-tujuan duniawi yang lainnya, karena kalau diselitkan dengan benda2 di atas tadi, maka dakwahnya bukan karena Allah melainkan karena kepentingan pribadi.
4. seorg pendakwah hendaklah menunjukkan peribadi yg baik.. bukannya kita menegur seseorg, tetapi diri kita sendiri yg melakukan perkara itu..Ini dimaksudkan agar dia menjadi suri teladan yang baik, yang amalannya membenarkan perkataannya, sehingga ahlul batil tidak mempunyai hujjah untuk melawannya. samalah jika kita umpamakan ilmu agama bertambah tetapi amalan itu tidak dapat dibuat berlandaskan ilmu.
imam Ghazali berkata dlm bidayatul hidayah...siapa yg bertambah ilmunya...tp tdk bertmbah hidayah (amalannya), maka tidaklah dia bertambah kepada Allah melainkan semakin jauh dr rahmatnya...
Allah berfirman tentang Nabi Syu'aib bahwa dia berkata kepada kaumnya
﴾"... Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang, aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan ...." (Hud: 88)
5. pendakwah mesti berhikmah. bukan memaksa2. bukan mengharapkan org itu terus berubah kearah kebaikan.. islam itu mudah.. sepatutnya kita haruslah memudahkan lagi org yang kita hendak dakwahkan itu...dan begitu juga jikalau ingin membantah perbuatan mereka.. kebanyakan org membantah dengan cara mengaibkan mereka dengan perbuatan salah mereka.. sudah tentu mereka akan malu. adakah dengan cara begini akan membuatkan mereka berubah? sudah tentu tidak. malah mereka akan lebih membenci dan lebih menjauhi agama itu sendiri kerana merasakan agama itu suatu yg berat utk mereka. perkara ini disebut dalam Al-Quran
اُدْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ﴿النحل: ١٢٥
﴾"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan dengan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik...." (An-Nahl: 125)
dan hendaklah pendakwah2 menggunakan kaedah yg lembut utk menarik hati mereka
(فَقُولاَ لَهُ قَوْلاً لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى ﴿طه: ٤٤
﴾"Maka bicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." (Thaha: 44)
-kes penganiyaan
-mohon bantuan mencegah kemungkaran
-minta fatwa
-mengajak muslimin agar bersikap berhati2
-jika melakukan maksiat dan bidah secara terang2an
-sebagai tanda pengenalan
kebanyakan yg berckp mengenai keburukan org lain mengambil alasan "untuk memberi pengajaran" kepada org lain.. sememangnya itu tidak salah, dan ia adalah satu bentuk mengumpat yg dibolehkan. tetapi jika kita nk ambil pengajaran drpd org tersebut, dan ingin menasihati rakan yg lain mengenai kesalahan org itu, tidak perlulah kita spesifikkan tntg crte itu, latar belakang, dan apa2 yg berkaitan dengan peribadi mereka. kerana ditakuti kita telah berlebih2 dalam memburuk2kan org. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud
Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “ Kamu tahu apa itu mengumpat? ” Mereka menjawab “ Allah dan Rasul-Nya lebih tahu ” Nabi bersabda lagi, “ Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “ Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku? “ Nabi bersabda lagi, “ Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar. ” (Hr Muslim )
dalil2 yg lain:
Daripada Ibnu Mas’ud, kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba bangkit seorang lelaki dan meninggalkan majlis. Ada seorang lelaki lain mengumpatnya. Maka Rasul berkata kepada lelaki itu, “ Bersihkan.” Dia berkata, “Nak bersihkan daripada apa? Aku tidak memakan daging pun! “ Rasul bersabda, “ Sesungguhnya kamu telah memakan daging saudara kamu .“ (Hr Thabrani – sahih)
Daripada Ibnu Jabir, kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba, kami tercium bau yang amat busuk. Rasul bersabda, “ Adakah kamu tahu apakah bau ini? Inilah bau bagi orang-orang yang mengumpat orang-orang beriman.” (Hr Ahmad)
1. jgn mudah kita menghukum seseorg dengan ksalahan mereka
2. jgn kita mengaibkan kesalahan org sehingga boleh mendatangkan pandangan buruk oleh masyarakat tentang mereka
3. bagi peluang kepada seseorg utk berubah, bukan memaksa org itu utk berubah secara drastik
4. jgn berbangga dengan ilmu yg ada dan jgn membandingkan diri dengan org yg tidak tahu itu. kerana kita tak tahu darjat org yg jahil itu lagi tgi dari org yg alim itu sndiri dan lebih dipandang oleh Allah. merasakan diri kita ini lebih baik hanya menimbulkan rasa riya sahaje dalam diri
5. jgn menggunakan kata2 kesat/kasar terhadap org yg kita mahu dakwah, kerana ia boleh menyebabkan mereka jauh dari agama.
6. jgn mensyadidkan org laen. biarlah ketika kita menegur seseorg kita tegur dalam keadaan kita rendah diri. bila kita berlagak syadid di depan mereka, sudah tentu kalam2 dari kita mereka tidak akan dengar. ajar islam itu kepada mereka dengan mudah.....
7. pendakwah haruslah sabar dalam berdakwah. mesti usaha utk mengubah seseorg itu dilakukan secara istiqamah. dan tak mengharapkan perubahan drastik dari mereka
8. org2 yg membaca disini, bukan semua para pendakwah ber'characteristik'kan seperti yg saya gmbrkan diatas... ada sahaja pendakwah2 yg berdakwah dengan cara yg hikmah. jgnlah pula kita memandang serong terhdap dakwah mereka.. sebaliknya kita terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada...
p/s : jika ada sebarang kesalahan boleh la diberitahu segera kerana saya manusia yg lemah dan sentiasa membuat ksilpan.. dan sy masih jahil dan tidak mempunyai pemahaman yg mendalam mengenai ilmu2 agama...
sy mempunyai pengalaman berada di sekolah agama dulu.. dan sy sering menegur muslimah2 dengan care yg drastik.. mereka bukannya berubah, malahan menjadi lebih benci terhdap teguran saya itu.. justeru, sbgai umat islam, hendaklah kita jga perkataan kita dengan baik. tahanlah mulut kita ini dari berkata perkara2 yg tidak benar.. wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment