Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pokok kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....


Friday, November 13, 2009

Hancur...

bila dah hancur barulah kukutip dan ku cantumkan semula...
untuk mencantum semula, seakan memakan masa yang sangat lama...

dugaan demi dugaan terpakse ku hadapi keseorangan..
seakan tinggal tiada siapa lagi menarik aku utk bangun semula..
biarlah jatuh ku kali ni seketika..
bukan sekali ini aku terjatuh....
cuma kali ini...
aku jatuh dan aku bangun sendiri...

lamunan demi lamunan menyinggah ke kamar fikiranku..
seakan semuanya dah tak bermakna lagi..
semangat yg dibawa tercicir sdikit demi sedikit...
benak fikiran kosong...
yang tinggal adalah pasaknya sahaja..
dan dari situ aku harus mula kembali...

ku akui, ku memang insan yg lemah......

Leia Mais