Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pokok kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....


Saturday, November 20, 2010

Rahsia Kebijaksanaan Yahudi - Stephen Carr Leon


08 February 2009 at 17:24

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau oleh manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. Oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan. Saya sedang melatih otak anak saya. Semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Satu perkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau. Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah cara orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka supayaa merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa? Tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. Ini adalah suatu kewajipan bagi mereka. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap dan difahami oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi. Maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan di dunia. Siapakah yg mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif (bezikir). Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York , Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas. Jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan mereka untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis , Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York . Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak. Dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu gen yang bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 bersamaan dengan RM ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh. Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta , di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok dan harga rokok? Cuma US$0 .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler? Bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan. Dari segi pemakanan, cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi. Pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essei sepanjang 5 muka surat penuh. Essienya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!”

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Asri Zainul Abidin’s Notes


Leia Mais

Wednesday, November 03, 2010

Emel Untuk Doctor Heba

assalamualaikum

hye doc. how r u.. hope u doing fine. im sorry for not see you after the exam. because i already fly back to malaysia to meet my family. my mom sends u a regard. and say thank you to you because of take care of my lesson etc.. n maybe for being a "second mother" here in egypt.

ive passed the exam last year parasitology got highest marks compare to other subject. a big thankful for you and another doctor because of your effort. we were so grateful to have lecturers like you all. :)

i bet u already my friend zulkhairi. he's my housemate. n he already told me that you angry because im not meet you. a big sorry again and i will try to meet you whenever i free. now im in 4th year and it is so nice! n not so harsh than the 3rd year. hope i doing so good this year

in this emel i send you one of our picture which i think dis is the best picture taken the whole last semester. i hope it can be a precious moments to you!

-marami




byk buat mistake mase taip. dan terus send lepas taip. panik sangat budak2 3rd cakap "im a very bad student"

Leia Mais

Wednesday, August 25, 2010

I Hate Him

baru tadi aku jumpe die
3 mgu aku pulang baru bersua muka
knapa awal2 aku tak jumpe
sbb aku tak suke
"he's acting well"
hipokrit

dont give ur money if its in front of other person
dont ask to see me if its for something else
dont ever come if its a show for your friends
and dont ever ask my apologize for what have you done

thats what i hate you
because of that act
dont need to tell others
because u dont deserved my success
and you owe me that one

God why i hate him so much..

Leia Mais

Sunday, July 25, 2010

Why

















Leia Mais

Monday, July 19, 2010

Kami Dah Abes Exam!!!!


Gambar diambil tgh hari tadi... bersama doctor kami.. dedicate to them because being so nice with us... tak penah lagi lecturer yg jage exam datang bawak air utk kami... first time in my life n never experience it at any other places... :)


Kami bergurau bersama...

Kami tak matang bersama...


Ketua kami selalu pening ngan kami~~

Sehari tak khianat org bukan kami la tu~~

Kami ade pok long! kami ade blogger!


Yang perempuan makin jelita, especially..... :">

Yang laki lak makin macho....


Last but not least... terengganuians~~ nice , cool n cute.. :)
see u all next year guys... datang awal2 tau.. 20 sept da stat kuliah.. kali ni kita gandakan effort kite!!

Leia Mais

Monday, July 12, 2010

Facts that I'm Studying Medicine!


stdy medicine atau nama baratnya "perubatan" ni bukan sesenang org yg tidak merasainya.. mgkin sstgh org tgk budak medik ni cam heppy go lucky, ade mase nk main futsal, tgk world cup... tapi nk diceritakan pada masa2 lain, yg org tak nampak, ape yg budak2 ni buat? kekedang tension di buetnyo (loghat nogori). memandangkan musim exam, post takleh pnjg2... sekadar coretan...

Leia Mais

Sunday, June 20, 2010

It's 44'celcius!!!


wow! hari ni aku dapat merasa suhu tertinggi di mesir.. sangat kering dan sangat kontang.. hidupan2 mula menunjukkan tanda2 kehausan yg dasyat sekali.. ramai yg buat status dekat YM dan facebook.. ramai yg bagi cadangan supaya mandi, berendam dalam bathup, jgn masak guna dapor gas.. ngahaha sgt comel kalian.. tapi ape yg boleh saye cadangkan

1. minum air byk2 sbb kalu dehydrate bahaye wooo.. same macam 1st line treatment of diarrhea.. camne pun bg ler air dlu
2. tutup sume tingkap bilik anda.. org ckp nnt takde ventilation.. bg saye ventilation sbaik mane pun kalo dah udara kat luar panas tahap gaban dah takde ventilationnye
3. beli aluminium foil byk2.. korang tampal kat sbelah luar tingkap korg.. aluminium foil tu berkilat so dia boleh pantulkan haba...
4. beli ekonditioner
5. bg yg tak berapa nk byk duitnye, gune kan secondary ekodiotioner = peti sejuk
6. psikologi diri anda konon anda sume sedang berada dikutub utara
7. bersihkan kipas korg 2 3 kali sehari kerana dengan kebersihan maksimum, akan memaksimumkan juga kadar pusingan kipas itu
8. pakai pakaian yg ade ventilation. bg lelaki pakai kain pelikat utk memaksimakan kadar pengaliran udara
9. byk2kan berwuduk. asal batal je terus amek balik wuduk.. jgn lupa solat di masjid. jgn niat kerana masjid berekonditioner.. ingt tentang kekusyukkan solat itu boleh melupakan keadaan sekeliling kita.

Renung2kan selamat beramal!

Leia Mais

Wednesday, June 16, 2010

Ummi

cerita ini dipetik dr sebuah kisah benar


[Tadika]

pagi2 UMMI kjut, angkat bawak masuk bilik air, mandikan, pakaikan baju, sikatkan rambut, letak bedak, n hntar tadika. tadika sebelah rumah jadi tak susah sgt kalau nk hantar. dan bila balik pulak, wajib nk pergi kedai nk beli mknn ringan. kalau tak dapat alamatnya mengamukla aku. so mesti pergi jugak. kalau tak UMMI yg teman, mesti pekerja UMMI yg teman pergi.

ayah aku? aku sniri da lupa ayah aku buat ape utk aku time aku tadika dulu

mase ni jugak aku bljr ngaji. Ayah yg ajarkn. tapi aku lgi byk nangis dari mengaji. kne rotan. last2 UMMI jugak pujuk aku. mase tu kecik lagi bukan nk pndai terus ngaji

mase kecik2 camni la aku slalu mengarut nk byk mainan. pntang nmpk ade org main mainan mesti nk jugak. mengamuk sampai bersepah2 rumah.. tapi UMMI sabar je.. UMMI takmo aku dimanjekan.. UMMI tanak ajar aku hidup senang cam org lain


[Low Skool]

mase skolah rendah lebih kurang je. mesti liat nk bangun. kene mandikan sume baru nk pegi skolah. ayah aku? skali je hntr aku ke skolah.. yg lain sume aku sndiri jalan kaki. aku ingt lagi UMMI mesti pesan kat tiap2 cikgu yg ngajar aku supaya layan aku cam anak sniri.. nk pukul, nk rotan terpulang. itu didikkan dari UMMI. aku masih ingt, duit blanje aku 50 sen. stat drjh 3 baru UMMI bg seringgit

mase berlalu, ayah dah tak tinggal skali ngan kami. beban sumenya dekat UMMI. tak pasti bila UMMI officially seperate ng ayah tp aku masih ingt detik2 itu. UMMI bljr pandu kereta. UMMI ade crte UMMI byk kali tak pass. tp utk anak2 UMMI tak pernah give up. UMMI cari org utk ajar dia secara khas. mase tu aku ng kakak aku ikut skali.. seronok sgt dapat naik kereta. bila dah brape kali ambil ujian, dengan rayuan lg, akhirnya dapat jugak lesen. so takla susah lepas ni kalau nk gerak mane2

UMMI penah tension ng aku n kakak aku. slalu gaduh. kdang2 UMMI nangis. UMMI pack barang2 dan ugut nk tinggal kami. UMMI penah amek pisau kat dapur n suruh kami tikam dia. UMMI depressed sgt sbb kami tak penah nk paham dia. dahla penat2 cari makan then nk jga kami lg. org2 sekeliling sibuk duk ckp blkg. dieorg ckp UMMI tak pndai jga anak. tp UMMI diam je. mujur ade 2 3 org jiran yg betul2 tahu keadaan kami

UMMI tak pernah abaikan pelajaran aku. UMMI tak pndai nk ajar anak dia tp msti cari org suruh ajar anak dia. tak pun mesti hantar aku tusen. bila aku buat prangai aku tanak siapkan keje skolah. so mesti UMMI pujuk kakak aku suh siapkn

UMMI slalu je panggil ustzah ajar kami ngaji. UMMI nk anak2 UMMI khatam quran.. aku pulak slalu liat nk bace. bila dah bace byk mulalah kuar muncung. ada jugak aku nk skip muka surat kat Al-Quran tu tp kantoi gak ng ustzah


[High Skool]

ting 1 aku kat MRSM pasir tumboh. mula2 aku sgt sronok. sbb skolah asrama penuh. lama2 aku jadi murung. senior2 pntang nmpk org luar dari kelatan. keje asyik nk buli. tapi aku tak pernah nk bukak mulut kat cg2 n dekat UMMI. takot dia bimbang sal aku. satu hari aku sakit. sampai dipapah pergi ke hospital. attendan yg hntr aku bising2 sbb aku tak bawak pengenalan diri (mase tu umur tak sampai 12 so takde kad pengenalan).UMMI datang dr terengganu ke kelantan ambek aku balik umah. mase tu pakcik aku yg drive. UMMI tak brani sgt drive jauh2

last2 aku tukar masuk skolah kt kTRG. SMKA Sheikh Abdul Malek. skali ng kakak aku. satu batch tapi kelas lain2. dah ting 1 tp still liat nk bgun tido.. tiap2 pagi mesti kalut nk kejar bas pegi skolah. 630 pg da tgu bas. matahari tak kuar lagi.

kat skolah jmpe ramai kawan2. sume yg kaye raye. aku ingt lg aku penah bekal roti kosong je dua keping. kadang tu UMMI bg duit. duit blnje aku still RM1. aku merungut kat UMMI sbb tak ckup. so UMMI bg lebih. RM 1.50.. sampai ting 5 duit blanje aku pling byk RM2. tp aku tak kesah. sbb aku taw UMMI bukannye byk duit

umi slalu keluar hntr barang niaga luar dari TRG.. so satu hari tu ade tournament bola antara batch kami.. mase tu da habes game tapi aku bergegas balik. sbb dapat brite UMMI accident. aku taktaw ape sakit UMMI.. dekat smggu UMMI terlentang.. tak bergerak. last2 aku tau, pinggang umi patah n dislocate skit. dokter ckp UMMI kene surgery sbb nk masukkan spine ke tempat asal. last2 UMMI pergi perubatan tradisional je.. aku masih ingt UMMI mengerang sakit mase tukang urut tu nk masukkn balik tulang UMMI. aku bersyukur sbb spinal cord UMMI tak injured. kalo tak mesti da paralysed skrg.

UMMI tak boleh buat kerja berat2.. angkat2 brg sume kami tolong. ekonomi kami mcm ade mslh.. tapi aku je tak prasan.. aku tak pikir mase tu mane UMMI dapat duit. duit blnje still umi bg. tak kurang satu sen pun. aku decide nk tolong UMMI. aku da tanak naik bas pegi skolah.. biar kakak aku je.. aku berbasikal je dari umah sampai la ke sklh. jauhnya bukan kepalang. tp takpe. utk UMMI aku sgup jugak

mase ting 3 pakcik aku ade bukak kedai hardware. mase ni aku dah berjinak2 dengan kerja2 berat. angkat cat, angkat simen dll. hujung minggu atau cuti skolah msti duduk kt kedai hardware. kadang2 smpai ke malam aku bancuh simen ng pekerja2 pakcik aku. seronok dpt pengalaman baru. pakcik aku bayar aku upah. byk. tp sume aku bg UMMI. kadang2 aku amik sikit je. sbb aku tahu umi takde duit.aku suh UMMI buat beli perabot. sbb ade perabot da mcm lame dan dhaif.

sedar tak sedar da ting 5. kali ni UMMI da boleh bawak kereta. cuma kesan drpd accident tu smpai skrg pun tak ilang. okla dapat hntr n amek aku gi skolah. kdg2 tu balik aku tanak susahkn UMMI.aku balik ng kwn aku naik moto. kdg2 tu UMMI da dtg amek kakak aku. aku ade kelas tmbhan. then kwn aku pun takde. last2 jln kaki balik umah. UMMI tak pernah tahu sbb aku tanak susahkn UMMI

result SPM da kuar. walaupun result aku biasa2 je tapi UMMI tetap heppy. tinggal nk pilih course n univ mane. aku penah ckp nk bljr kt mesir sbb nk rasa naik flight. UMMI mcm tak bg. dia nk aku blajar local je. aku hntr byk borang permohonan utk interview. byk jgak dapat twaran. tp salah satu yg pling aku kesal ialah tawaran jpa. aku tak taw name aku tersenarai dlm org yg diinterview. sbb result hnye kuar kt tenet. tu pn aku depend kt pakcik aku nk pinjam laptop n ternet die. aku terlepas kursus di hospital. hari aku diinterview aku baru taw. dan aku datang ke tempat interview dan mntk tangguh. mse tu UMMI susah2 lengkapkan dokumen2 interview. sudah jadi takdir Allah aku tk dapat. pastu sume interview yg len aku tak lyn.frust.last interview adalah dengan Yayasan Terengganu. UMMI pujuk jgak aku pegi. UMMI ckp "mne tahu ade rezki"


[Universitas]

alhamdulillah aku dah pun ada kat mesir. dan ditaja oleh Yayasan Terengganu. masin mulut UMMI. memang sini rezeki aku. impian aku nk naik flight jd kenyataan. paling manis UMMI la. sbb bile kawan2 die tnye anak blaja kat mane. UMMI mesti yakin je jawab. "anak ambe blajo kat messir~ ambek duktur~~" org kampung da tak pndang serong kat UMMI lg dah. mesti dieorg akan cakap kat "sorg doktor, sorg lagi lawyer, bertuahnya kak yam~~"

mmg UMMI tak penah ajar aku time aku skolah. tak pernah bantu aku kalaw buat keje skolah. sume usaha ngan kakak aku. aku tak kisah. aku tahu UMMI bljr takat mne sgt mase skolah dlu sbb nk sara adikk2 die. tapi UMMI ttp pakse aku gi skolah,smpai aku berjaya jugak kan? bg UMMI pelajaran lah yg boleh mngubah naseb kami sekeluarga

dari kecik lg UMMI tak penah abaikan soal agama dalam kluarga. dari kecik smpai besar UMMI mesti slalu tanye sal solat. dari kecik smpai skrg slalu je UMMI pnggil org datang ngajar kami ngaji... skrg ni pun dah termasuk pakcik makcik aku trut same datang ngaji kat umah aku

UMMI tak penah ajar aku nk benci kat ayah aku. walaupun dah tak duduk skali, UMMI mesti suruh aku pergi ziarah ayah aku. kadang2 aku je yg mls sbb asyik kne marah la ape la..

skrg ade jugak aku tanye2 UMMI ckup tak duit. duit yuran kakak aku camne? aku taw kos blanje utk kakak aku tu kat UIA mmg ribu2.. aku dah pun share ng UMMI.. slalu je aku suh UMMI amek duit aku buat bayar yuran. buat bayar internet kakak aku. kawan2 aku ade jugak cakap suh simpan jgn tak uruskn duit betul2.. tapi bg aku, prioriti adalah UMMI aku.. tak kesah duit aku spend tu die

tugas aku skrg adalah blaja sungguh2 then dapat ijazah. UMMI ckp slagi UMMI tak leh naik haji, slagi tu takleh kawen.. ehehehe.. bg aku, aku tak kisah kalaw kawen awal ke, kawen lmbt, tp aku nk bahagiakan UMMI aku dlu. then baru aku nk pkir sal aku.

UMMI, u r the greatest mom in da world



يا الله ، كنت مكان الأم في فئة من الناس الذين يعتقدون

gambar kenangan di KLIA : UMMI hantar aku mase nk masuk 2nd year dlu...

dedicated to : UMMI

Leia Mais

Saturday, June 05, 2010

Rumohku Kuliahku


post ini khas utk kluarge kat mesia sbb dieorg nk sgt tahu sedekat mane rumah ku ngan kuliah.. so aku terpkir nk copy je gmbr kat google earth then biar dieorg sniri yg judge dekat ke jauh... of coz la dekat... 5min b4 kuliah smpat lg mandi kot. hahahaha... lintas jalan sudeh~

Leia Mais

Monday, May 03, 2010

Memorable Moment~~

Ni masih ade baki2 gambar yg kiteorg buat jamuan hari tu.. baru je aku dapat dari Faaris Ezanee~ die punye touch mmg power r.. byk gak gmbr2 die aku suke... taste die same ng aku la kot.. hahaha.. mmbuatkn aku rase nk 'menembak' jugak nih... hihihi (duit takdo nk boli kamera)..

kbykan yg kat sini mase gotong royong.. sbb post yg lepas aku tak letak sgt gmbr yg gotong royong sbb takde.. dlm kamera si faaris ni jugak byk.. (kredit to him as a pro photographer)... so.. enjoy these photos~!



mase ni faris suh kiteorg sndar2 kat dinding.. dia nk buat masterpiece terbaik utk gotong royong kali ni.... lihat aksi masing2...muka2 sume excited... yg pendiam pun boleh snyum... yg nakal makin nakal... yg comel makin comel... (kredit to pomo...muahahhaha)



bilik air : haaa.. nilah tempat basuh2 ayam... 5 ekor je tak byk... tapi tukang basuh tu macam nk mandikan ayam dah... macam2 ha die duk bising... salmonella la... pseudomonas la... enterobius vermicularis la.. slagi tak cuci slagi tu die tak bg ayam ni masuk dapur.. enyway... takde oorg yg sakit perut during dat day.. so kredit to them!



ruang tamu : ruang tamu gua dah bersepah ngan sayur2 cam pasar nk jual sayur je...situ la nk buat acar, nk buat desert, potong ayam. buat sambal belacan... tapi kredit to pemotong2 yg handal.. sbb chef tak sempat nk catch up ngan kelajuan mereka!



ni dapur : dapur yg masih berkilat belum lagi ditumbuhi kulat dijaga dengan rapi... meh sy perkenalkan yg pakai snowcap tuh ketua chef pada hari itu... yg sorg lagi tu pembantu chef... tu baru permulaan lauk.. kate org pemanas badan seblum lauk2 lain dibuat... memandangkan rumah ni takde periuk kawah yg besar, so terpakse masak 2 kali setiap lauk...



peti sejuk : ha... ni pulak jadual masak... tiap2 hari masak.. kadang2 kalo dah terlampau rajin sampai 2 3 kali masak... ada yg masak pukul 3 pg... lauk pulak bukan main2.. ikan fillet + ayam paprik pukul 3 pagi.. wahhh.. siap ade name lagi... yg ditulis kat bawah tu peraturan2 memasak.... ini untuk menjamin kestabilan ekosistem dapur aku.. muahahha


cedera hati : gelas2 ini bukan utk buat minum.. tapi cedera hati yg disediakn oleh Dato' K merangkap ketua unit hadiah dan pembungkusan (betul ke tak)... setiap gelas ni ditulis dengan name budak2 batch kiteorg... dan mase nk susun ni punye la gabra sume takut jatuh... bisingnya bukan kepalang... so gelas2 ini disusun ibaratnye kesatuan kami.. kalo jatuh satu sume yg lain pecah... so macam kalo sorg sakit.. sume jatuh sakit.. tu pasal kalo sorg tak datang kuliah hampir sume tak datang.. hahahhaha



gambar sekadar hiasan : aku tak taw kenapa aku ske gmbr ni... sbb unik kot.. so no komen... hahaha.. (oh ye.. ni pembasuh pinggan sejati.. saat org lain sedap2 makan die sorg2 kat dapur membasuh pinggan.. alhamdullillah ringan sikit koje den)


meja makan : ni pulak lauk pauk yg kami sajikan utk santapan kami sniri.. nasi minyak ade.. mee goreng udang ade (utk gomoman yg tak makan nasik).. ayam bbq, dadih, kueh mueh... piliih saje jgn malu2.. sape2 yg membaca jgn biarkan airu liur anda meleleh kencang dari bibirmu~


ni gmbr last : ouh picture ini tersangat la santekk.. sume pakat pegang gelas masing2...yg kt blkg tu siap naik atas sofa lagi.. nk masuk lam gmbr.. yg kat depan pulak macho2 sbb dpt masuk full dalam gmbr.. yg tersepit tgh2 tu mmpu tersenyum je dan berpikir dpt masuk ke tak muka aku neh... neway gmbr ni utk salam perantauan wpon mostly antara kami balik msia jugak akhirnya.. muahahahhaah~~

Leia Mais

Saturday, May 01, 2010

Jamuan Tahun 3 ASU!!!


Lokasi : Abs Avenue (rumah aku)
Masa : 9am-3pm
Bil Yg Hadir : 31 org

3 tahun aku berada di Ain Shams University (ASU), dan ini adalah kali pertama kami buat majlis sebegini bersama2. meriah, dan tidak tergambar kegembiraan di wajah sahabat memadam keresahan peperiksaan akhir tahun yg bakal kami tempuhi tak lama lagi.. dengan adanya majlis2 sebegini sekurang2nya terubat juga rindu kami terhadap tanah air.. mana taknya... macam2 makanan adalah ;

nasi minyak ( nasi+ayam masak merah+ayam gulai+acar+sambal belacan+paceri nenas), dadih, mee goreng udang, ayam bbq, karipap, kueh gulung, air sarsi, buoh oren, tembikai susu, timun cine, cukelat dll...

tak mampu sy tuliskan disini..tapi apa yg sweet disini adalah kerjasama antara rakan2 dalam menyiapkan makanan2 tersebut.. hehehe

malam sebelum majlis bermula, kami bersama2 turun ke padang futsal untuk riadah mingguan.. alhamdulillah ramai yg turun menyertai.. sehingga kan satu team 12 org! melebihi kapasiti permainan bola padang lagi... tapi tujuan sebenar kami adalah utk merapatkan ukhuwah antara kami. malahan permainan futsal yg diadakan langsung tidak bermatlamatkn utk menang/menjaringkan gol.. semuanya adalah untuk suka suka~

gotong royong yg pada hari ini bermula seawal 830 pg memandangkan kesemuanya letih bermain bola pd mlm sebelumnya... walaupun agak lewat, semuanya berjalan dengan lancar dengan kehadiran ramai ahli2 batch. kerja2 memotong sayur2 dan ayam di lakukan dirumah saya sndri dan kerja2 membakar ayam dirumah Dr Aiman, tidak jauh dari rumah kami...

selepas solat jumaat di Gami' Nur, kami memulakan majlis dengan tahlil ringkas diketuai oleh Dr Rafiqi. dan setelah itu ucapan yg sgt ringkas dari ketua batch kami Dr Hakim. (hehehe).. dan akhir skali kami menyantap makanan2 yg ada didepan mata kami tanpa ada perasaan segan dan silu~

lukpi : aiman! dah tambah nasik 3x dah! bg org lain pulak!


tarmizi : sedapnye ayam ni~

Hafiq : kita nk makan ape ni Marami.. byk sgt mknn ni~


lukpi : tepi2 bg laluan kat aku!

menunggu pak imam besar


pak imam kalo dah melantak tak ingat dunia

karipap dan kueh gulung~

buah-buahan~ dadih~


selipar tetamu~


Hakim : Zul, letak lauk aku sikit.. takkan ko nk kebas satu periuk

Ain : auuummmm~ sedap nye ayam nih~

Bokeh


Saya : makan buah bagus utk kesihatan~

terima kasih yg tak terhingga kepada rakan2 yg terlibat secara langsung ataupun tak.. semoga majlis2 sebegini dapat diadakan lagi... dan kita jadikan majlis sebegini majlis tahunan utk kita mantapkan ukhuwah antara kita semua... mengambil pesan ketua batch, "kita belajar same2 kita balik same"~~

currently : letih blom tido, dapor belum kemas, adios

Leia Mais