Sekian lama aku berdiam diri, aku kembali dengan post baru.... lebih hangat daripada biasa... hahaha... bace jgn tak bace..... penting...
Ape Itu Tembakau??
tembakau adalah bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan berzaman lamanya, digunakan bukan sahaja utk bersuka ria tetapi sebagai satu acara daam upacara kebudayaan dan keagamaan. dan hari ini merokok menjadi suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat, sehingga dipandang sebagai satu norma yang membanggakan.
Kandungan bahaya dalam rokok (fakta)
setiap btang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan 4000 bahan kimia yg beracun, yg mana dengan stiap sedutan menyerupai satu sedutan MAUT. Antara kandungannya termasuklah BAHAN RADIOAKTIF-POLONIUM 201 (ni takde kaitan ngn radio yg kite dgr tu), CAT (ACETONE), PENCUCI LANTAI (AMMONIA), UBAT GEGAT (NAFTALENE), RACUN SERANGGA (DDT), RACUN ANAI2 (ARSENIC), GAS BERACUN (HYDROGEN CYANIDE) yg mana digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah hukuman mati, dan byk lagi sebenarnya. bagaimanapun racun yg paling2 penting ialah TAR, NIKOTIN, KARBON MONOKSIDA.
TAR mengandungi at least 43 bahan kimia yg diketahui mnjadi penyebab KANSER. bahan seperti ENZOPYRENE telah lama disahkan sebagai ejen yg memulakan KANSER... sekali lagi saya tekankan, KANSER....
NIKOTIN, same je cam heroin, amfetamin, dan kokain. pernah dengar bende2 sume ni kan? dikaji sume tu bertindak balas dalam otak dan mempunyai kesan kepada LIMBIC SYSTEM, yg mnjadi punca utama KETAGIHAN. kita sendiri pernah melihat seseorg yg kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti gangguan akal dan dalam keadaan yg tertekan sekali. oleh itu sememangnya sukar utk meninggalkan tabiat itu utk slamanya. dan nikotin juga dikatakan menjadi punca utama penyakit JANTUNG & STROK (apabila saluran darah ke otak tersekat). satu perempat mangsa pesakit jantung adalah berpunca daripada tabiat merokok. di malaysia sakit jantung adalah penyebab utama kematian dan strok pula berada di tangga keempat.
KARBON MONOKSIDA- gas beracun yg biasa kluar dari asap kenderaan yg mana boleh menjejaskan bekalan oksigen ke tisu2 bdan manusia sehinggakan menjadi terencat dan akhirnya menyebabkan maut sekiranya parasnya melebihi 60% dlam badan. apabila ia masuk ke dalam badan ia akan mmbawa kerosakan pada setiap organ disepanjang laluannya; hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, peparu, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, pundi kencing, saluran2nya shingga sebahagian daripada racun2 itu dikeluarkan dari badan.
Shisha atau Rokok lebih merbahaya??
sbtg rokok biasanya mengambil masa 5-7 minit, 8-12 hembusan dan kira2 0.6 liter asap akan disedut. manakala utk satu sesi shisha mengambil masa kira2 20-80 minit, 50-200 hembusan dan 30-200 liter asap akan disedut. ini menunjukkan satu sesi shisha, seseorg akan menyedut lebih byk asap berbanding dengan menghisap 100 atau lebih batang rokok.
seseorg yg mengambil nikotin, seperti merokok akan mengalami ketagihan. mereka mengambil sejumlah nikotin sehingga memenuhi kepuasan ketagihan mereka. tetapi dalma kes shisha ini, kandungan nikotin yg rendah mengakibatkan seseorg mengambil masa yg lama utk sampai ke tahap kepuasan ketagihan mereka. ini menyebabkan penghisap shisha lebih byk terdedah kepada bhan kimia penyebab kanser dan gas merbahaya seperti karbon monoksida daripada penghisap rokok biasa.....
Permasalahan antara Shisha dan Rokok
-adakah air dalam shisha menapis (menyaring) gas dan asap yg berbahaya?
air hanya menapis keluar sejumlah kecil nikotin, tar, karbon dioksida dan logam yg terdapat dalam asap shisha. contohnya 5% nikotin disaring keluar kedalam air. saringan nikotin pula tidak memberi kesan yg baik pun, kerana seseorg akan meningkatkan lagi jangkamasa sesi shisha mereka sehingga mencapai tahap kepuasan ketagihan. ini menyebabkan kuantiti nikotin yg diambil meningkat.
-adakah shisha lebih selamat berbanding dengan rokok kerana kuantiti nikotinnya yg lebih rendah?
kajian yg dibuat mendapati bahawa mereka yg menghisap shisha setiap hari, menyedut sejumlah nikotin yg sama byk dengan sebyk 10 btg rokok setiap hari. manakala mereka yg menyedut dengan kekerapan 3 atau 4 hari sekali, menyedut sejumlah kuatiti nikotin yg sama dengan mereka yg menghisap 2 batang rokok sehari.
-benar ke shisha ni tak bahaya berbanding rokok kerana tembakaunya tidak dibakar?
walaupun tembakau dalam shisha hanya dipanaskan, tetapi ia tetap menghasilkan asap. lagi2 tembakau ni dinyalakan dengan arang yg mana membebaskan karbon monoksida. paras kandungan gas karbon monoksida yg dihasilkan oleh shisha boleh jadi sama atau lebih tinggi daripada rokok biasa.
Risiko penghisap shisha atau rokok
-kanser paru2
-kanser mulut dan tekak
-kanser perut dan usus
-tekanan darah tinggi dan sakit jantung
-bayi akan mengalami kurang berat badan dan kesukaran bernafas apabila si ibu menghisap shisha atau rokok semasa mengandung
-keguguran
-seseorg yg menghisap 20 btg sehari 4-5kali berisiko mengidap TB (batuk kering)
-wanita yg tinggal dengan perokok 70% lebih mudah terdedah kepada kanser payu dara.
-asma dan lain2 penyakit paru2
-lain2- kanser hati, kanser pankreas, kanser pundi hempedu, kanser rahim, leukemia, dll...
*kajian menunjukkan mereka yg tinggal dengan perokok berisiko 20-30% mengidap kanser paru2, manakala mereka yg terdedah kepada asap rokok ditempat kerja, 16-19% lebih berisiko mengidap kanser.
Cara berhenti Merokok!!!
-SET- Tetapkan tarikh utk berhenti
-TELL - beritahu ahli keluarga dan kawan2
-ANTICIPATE - merancang dan bersedia menghadapi cabaran dalam proses berhenti
-REMOVE - buang semua rokok dan apa jua yg berkaitan dengannya
-TALK berjumpa dan berbincang dengan doktor meminta nasihat dan bantuan
*saya pernah terlihat di iklan tv kat msia, ada satu ubat tu dipanggil SDETOX, yg mana perokok2 yg ingin berhenti merokok boleh mencuba ubat itu. insyaAllah ketagihan anda akan berkurangan~
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pokok kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....
Friday, May 15, 2009
Shisha Vs Rokok~~
Friday, April 17, 2009
Bahaya Plumbum Kepada Badan~~
Ape itu lead poisoning... mungkin dikalangan pelajar2 perubatan ramai yg tahu mengenai penyakit ini... jika diterjemah ke dalam bahasa melayu perkataan demi perkataan ia bermaksud, ‘keracunan plumbum’. Apa yg dimaksudkan keracunan plumbum ini? Ini dimaksudkan adalah kondisi dimana sejenis besi plumbum meningkat dalam kandungan darah yg mana boleh menyebabkan kerosakan kepada saraf, penyakit buah pinggang, penyakit yg berkaitan dengan jantung dan turut membagikan kesan kepada sistem peranakan...
Jika bercakap mengenai sejarah mengenai penyakit sebegini sememangnya byk pengkajian tentangnya, yg mana penemuan penyakit ini telah bermula sejak 200 sebelum masihi.. pada zaman dahulu plumbum digunakan dalam utk MEMANISKAN ALCOHOL, INDUSTRI KOSMETIK (MAKE UP), dan lain2 lagi. Hari ini negara2 membangun sebenarnya adalah tinggi risiko utk rakyatnya mengidap lead poisoning ini disebabkan oleh wujudnya plumbum dalam CAT dan GASOLINE.
Simptom dan Kesan
Keracunan yg kronik sboleh menyebabkan penyakit berkaitan dengan saraf contohnya, KETIDAKBOLEHAN MENGENAL SESUATU BENDE (sementara), LOYA, SAKIT2 ABDOMEN, INSOMNIA (tidak boleh tidur waktu malam), KELETIHAN, HYPERACTIVITY (terlebih aktif), SAKIT DADA, SAKIT KEPALA dan RASA BESI PADA MULUTNYA... dalam kes yg teruk keracunan plumbum ini boleh menyebabkan SEIZURE (seluruh tubuh pesakit tiba2 bergetar-getar disebabkan hilang keseimbangan saraf dalam badan), COMA, dan MATI.
Terdapat juga simptom2 yg berkaitan dengan sistem pencernaan iaitu boleh mnyebabkan SEMBELIT, CIRIT BIRIT, MUNTAH, HILANG SELERA MAKAN, KEKURANGAN BERAT BADAN. Dan simptom2 yg lain yg boleh dikaitkan ialah, ANEMIA (kekurangan sel darah merah yg mana mengurangkan penghantaran oksigen ke otak), MASALAH BUAH PINGGANG, dan MASALAH PERANAKAN. Kadang tanda-tanda yg boleh dilihat dengan jelas tentang penyakit ini iaitu terdapat ‘garisan kebiru-biruan’ sepanjang gusi pesakit itu.
Rawatan
Rawatan sebenar keracunan plumbum ini ialah dengan mengurangkan pendedahan plumbum itu kepada pesakit itu sendiri. Satu therapy yg dipanggil chelation therapy dengan menggunakan VITAMIN C dalam rawatan itu membuktikan ia dapat mengurangkan peningkatan plumbum dalam darah seorang PEROKOK sebanyak 81%!! Ini disebabkan oleh VITAMIN C menghalang penyerapan plumbum dari pada saluran pencernaan kedalam darah.. dengan itu, plumbum yg masuk kedalam salur pencernaa akan keluar sebagai najis.
Penggunaan CALCIUM dalam wanita yg mengandung juga memberikan kesan yg sama dengan VITAMIN C tadi. Cara yg paling mudah rawatan ialah mengambil makanan yg kaya dengan CALCIUM seperti SUSU amatlah digalakkan utk mengurangkan potensi utk mendapatkan penyakit ini. Akan tetapi mengambil cecair calcium secara direct dengan kadar yg banyak secara injecton amatlah merbahaya kerana boleh menyebabkan terhentinya jantung kita dari berfungsi. Kadar CALCIUM yg ada dalam diet pemakanan kita sebenarnya dah cukup utk sistem pertahanan badan kita dari pelbagai penyakit seperti OSTEOPOROSIS (rapuh tulang dalam wanita).
Sebenarnya saya baru sahaja belajar mengenai lead poisoning ini dalam kuliah dan saya tertarik dengan penyakit ini. Doctor saya berpesan supaya setiap kali masak, kurang penggunaan periuk ALUMINIUM kerana terdapat kandungan plumbum di dalamnya yg boleh masuk kedalam makanan yg dimasak oleh kita.. doctor saya menyarankan kita semua menggunakan MANGKUK PYREX yg mana lebih selamat daripada keracunan plumbum itu tadi.
*sebarang fakta2 yg salah mengenai hasil tulisan saya boleh la di komen di ruangan komentar.
Monday, April 13, 2009
Kalendar Version Dr Marami....

aku pun tak taw dari mana datangnya idea nk buat kalendar ni... saje daripada aku buang mase baik aku buat kalendar pulak... aku ni suke explore.. so macam2 bende aku nk explore lam komputer aku ni.. ni wonder la dah byk kali aku setup komp.. sape2 yg nk buleh la download kalendar ni... mmg tak laku!! hahahaha!!








