Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pokok kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....


Wednesday, June 24, 2009

Hujan Oh Hujan~~


skrg kT Ganu ribut petir... suhu dah mencecah 22 degree celcius.. (buktinya ada kat gambar atas).. bese kalau kat umah aku kalau lebat sket, dah bertakung air... mesti bangun nk keringkan air longkang tu... hurm... ape agaknye mak aku tgh buat....

Leia Mais

Tuesday, June 23, 2009

Kurus Dengan Cepat!!!

post ini bukan dituju kepada sesiapa... tidak ade kene mengena yg hidup mahupun yg telah meninggal.... tapi walaubagaimanapun saya tetap nk dedicate post ini khas utk kawan serumah saya, sebelah jer bilik ngan saya iaitu ZULFIKRI...

memandangkan zul mengalami masalah berat badan saya dengan tidak ragu2nya membuat satu post istimewa, khas, hanya padamu, tidak lain dan tidak bukan, sewaktu dengannya, UNTUK zulfikri....

1. kalo ade kucing, bawak kucing pegi jalan2, kalo ade anak pun boleh, kalo ade kereta jangan gune kereta.. ape yg perlu dibuat ialah JALAN~ dengan berjalan selama 1 JAM sahaja ia boleh membakar 250 calori lemak dalam badan!!!


2. kalo anda terjumpa lif, berpalinglah kamu daripada lif itu.. amek tangga.. even tingkat yg kamu nk panjat tu setinggi KLCC... ataupun naik escalator tapi pastikan kamu berlari sepanjang escalator tu.. hehe


3. mase beratur JGN DUDUK!!! (especially mase tgh sambung visa..hehe..) sentiasa setia dengan postur badan anda dalam keadaan berdiri... tidak perlu bimbang jika si duduk akan mencemburui anda kerana anda sombong terhadapnya. dengan berdiri selama sejam, anda lemak dalam badan anda akan dibakar sebanyak 36 KALORI!!!

4. dengan menyapu daun2 kering dihalaman anda dengan penyapu, anda boleh membakar lemak anda sebanyak 50 kalori setiap stgh jam.. dan jika anda membuat kesemua aktiviti berkebun dalam mase sejam, anda boleh kehilangan 350 KALORI lagi!!!!

5. bagi sesiapa yg berkereta, elakkan dari membawa kereta ke CAR WASH... basuh pakai tangan anda sendiri.. dan dengan sendirinya 280 KALORI lemak anda dibakar setiap sejam...

ada jugak yg basuh kete camni ek~

6. kalau gi shopping complex, parking jauh2.. boleh anda jalan lebih sket...

7. main ngan budak2... contoh main perang2... dengan sendiri 108 KALORI lemak dalam badan anda dibakar dalam mase 15 MINIT!!! cara ini paling berkesan sebab anda terlalu syok main ngn budak sampaikan tak sedar berat badan menurun.. hehe


8. bg sesiapa yg suke exercise, exercise la mase pagi2.. kerana kadar metabolisma badan adalah tinggi waktu itu.. so ia akan mempercepatkan lagi kadar pembakaran lemak dalam badan anda...

p/s - mkn kene kurang... makan nasi sesenduk shari.. kalau makan seperiuk tak jadi la pulak.. kalau nk lagi berkesan sminggu skali dah la makan nasi... yg lain makan roti jer.. macam kawan saye... haha

Leia Mais

Ape Yang Menarik Tentang Desktop Aku...

tiap kali kalau ade org masuk kat bilik aku mmg ade yg akan terperanjat tgk desktop aku ni.. kompem macam2 dialog akan kuar dari mulut dieorg..

"ei.. comel nye... ni anak sape ni?"

"eh.. mane ko jumpe budak ni.. sebijik macam aku.."


"eh.. ko pakai windows ape ni... nampak cam buruk jer.."


"budak ni org mane.. jepun ke korea?"


"ni anak alex dgn shin ae ker?" (alex n shin ae tu pelakon dalam crite yg digilai geng2 aku)

hahaha.. macam2 reaction... sumenye jeles ngan baby ni.. kadang2 aku ngaku jer ni anak aku... aku kawin lari kat thailand mase balik msia tahun lepas.. hua3x...

yg sebenarnya saudara AINUDDIN telah mengdownloadkan gmbr budak yg comel ni.. aku pun tak tahu kat mane la die ni amek... tapi comel la...kalu ade depan mate mmg siap ar kene tenyeh2.. hua3x..

tu pasal gmbr.. blom lagi pasal gadjet2 kat tepi desktop tu.. yg kanan aku gune Yahoo Widget... yg kiri tu aku gune Stardock... ni saje2 je gune.. sebab semat.. nmpk sket cam laptop APPLE.. (amboi.. laptop acer, processor celeron, RAM 1.5gb tapi nk brangan cam laptop apple.. hua3x...)

kat bawah tu pulak macam2 bende ade.. etisalat tu broadband punye.. kawan aku datang bermalam kat sini... dia nk call mak die so die gune broadband die n install low rate tu.. baru laju... dan macam2 folder ntah pape si AIN ni download.. haha

p/s - post ini tidak mengandungi sebarang moral of the story utk diambil.. saje2 aku mengupdate blog ini.. sbb rase tanggungjawab terhadap blog ini da kembali... sekembalinya internet di rumah terengganu ini... skrg org baru jer azan subuh... dan esok pg aku ade oral exam HISTOLOGY... dan aku sedang menanti paper terakhir utk aku pulang ke msia!!!!

Leia Mais

Friday, May 15, 2009

Shisha Vs Rokok~~

Sekian lama aku berdiam diri, aku kembali dengan post baru.... lebih hangat daripada biasa... hahaha... bace jgn tak bace..... penting...

Ape Itu Tembakau??

tembakau adalah bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan berzaman lamanya, digunakan bukan sahaja utk bersuka ria tetapi sebagai satu acara daam upacara kebudayaan dan keagamaan. dan hari ini merokok menjadi suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat, sehingga dipandang sebagai satu norma yang membanggakan.


Kandungan bahaya dalam rokok (fakta)

setiap btang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan 4000 bahan kimia yg beracun, yg mana dengan stiap sedutan menyerupai satu sedutan MAUT. Antara kandungannya termasuklah BAHAN RADIOAKTIF-POLONIUM 201 (ni takde kaitan ngn radio yg kite dgr tu), CAT (ACETONE), PENCUCI LANTAI (AMMONIA), UBAT GEGAT (NAFTALENE), RACUN SERANGGA (DDT), RACUN ANAI2 (ARSENIC), GAS BERACUN (HYDROGEN CYANIDE) yg mana digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah hukuman mati, dan byk lagi sebenarnya. bagaimanapun racun yg paling2 penting ialah TAR, NIKOTIN, KARBON MONOKSIDA.

TAR mengandungi at least 43 bahan kimia yg diketahui mnjadi penyebab KANSER. bahan seperti ENZOPYRENE telah lama disahkan sebagai ejen yg memulakan KANSER... sekali lagi saya tekankan, KANSER....

NIKOTIN, same je cam heroin, amfetamin, dan kokain. pernah dengar bende2 sume ni kan? dikaji sume tu bertindak balas dalam otak dan mempunyai kesan kepada LIMBIC SYSTEM, yg mnjadi punca utama KETAGIHAN. kita sendiri pernah melihat seseorg yg kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti gangguan akal dan dalam keadaan yg tertekan sekali. oleh itu sememangnya sukar utk meninggalkan tabiat itu utk slamanya. dan nikotin juga dikatakan menjadi punca utama penyakit JANTUNG & STROK (apabila saluran darah ke otak tersekat). satu perempat mangsa pesakit jantung adalah berpunca daripada tabiat merokok. di malaysia sakit jantung adalah penyebab utama kematian dan strok pula berada di tangga keempat.

KARBON MONOKSIDA- gas beracun yg biasa kluar dari asap kenderaan yg mana boleh menjejaskan bekalan oksigen ke tisu2 bdan manusia sehinggakan menjadi terencat dan akhirnya menyebabkan maut sekiranya parasnya melebihi 60% dlam badan. apabila ia masuk ke dalam badan ia akan mmbawa kerosakan pada setiap organ disepanjang laluannya; hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, peparu, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, pundi kencing, saluran2nya shingga sebahagian daripada racun2 itu dikeluarkan dari badan.

Shisha atau Rokok lebih merbahaya??

sbtg rokok biasanya mengambil masa 5-7 minit, 8-12 hembusan dan kira2 0.6 liter asap akan disedut. manakala utk satu sesi shisha mengambil masa kira2 20-80 minit, 50-200 hembusan dan 30-200 liter asap akan disedut. ini menunjukkan satu sesi shisha, seseorg akan menyedut lebih byk asap berbanding dengan menghisap 100 atau lebih batang rokok.

seseorg yg mengambil nikotin, seperti merokok akan mengalami ketagihan. mereka mengambil sejumlah nikotin sehingga memenuhi kepuasan ketagihan mereka. tetapi dalma kes shisha ini, kandungan nikotin yg rendah mengakibatkan seseorg mengambil masa yg lama utk sampai ke tahap kepuasan ketagihan mereka. ini menyebabkan penghisap shisha lebih byk terdedah kepada bhan kimia penyebab kanser dan gas merbahaya seperti karbon monoksida daripada penghisap rokok biasa.....


Permasalahan antara Shisha dan Rokok

-adakah air dalam shisha menapis (menyaring) gas dan asap yg berbahaya?

air hanya menapis keluar sejumlah kecil nikotin, tar, karbon dioksida dan logam yg terdapat dalam asap shisha. contohnya 5% nikotin disaring keluar kedalam air. saringan nikotin pula tidak memberi kesan yg baik pun, kerana seseorg akan meningkatkan lagi jangkamasa sesi shisha mereka sehingga mencapai tahap kepuasan ketagihan. ini menyebabkan kuantiti nikotin yg diambil meningkat.

-adakah shisha lebih selamat berbanding dengan rokok kerana kuantiti nikotinnya yg lebih rendah?

kajian yg dibuat mendapati bahawa mereka yg menghisap shisha setiap hari, menyedut sejumlah nikotin yg sama byk dengan sebyk 10 btg rokok setiap hari. manakala mereka yg menyedut dengan kekerapan 3 atau 4 hari sekali, menyedut sejumlah kuatiti nikotin yg sama dengan mereka yg menghisap 2 batang rokok sehari.

-benar ke shisha ni tak bahaya berbanding rokok kerana tembakaunya tidak dibakar?

walaupun tembakau dalam shisha hanya dipanaskan, tetapi ia tetap menghasilkan asap. lagi2 tembakau ni dinyalakan dengan arang yg mana membebaskan karbon monoksida. paras kandungan gas karbon monoksida yg dihasilkan oleh shisha boleh jadi sama atau lebih tinggi daripada rokok biasa.

Risiko penghisap shisha atau rokok

-kanser paru2
-kanser mulut dan tekak
-kanser perut dan usus
-tekanan darah tinggi dan sakit jantung
-bayi akan mengalami kurang berat badan dan kesukaran bernafas apabila si ibu menghisap shisha atau rokok semasa mengandung
-keguguran
-seseorg yg menghisap 20 btg sehari 4-5kali berisiko mengidap TB (batuk kering)
-wanita yg tinggal dengan perokok 70% lebih mudah terdedah kepada kanser payu dara.
-asma dan lain2 penyakit paru2
-lain2- kanser hati, kanser pankreas, kanser pundi hempedu, kanser rahim, leukemia, dll...

*kajian menunjukkan mereka yg tinggal dengan perokok berisiko 20-30% mengidap kanser paru2, manakala mereka yg terdedah kepada asap rokok ditempat kerja, 16-19% lebih berisiko mengidap kanser.

Cara berhenti Merokok!!!

-SET
- Tetapkan tarikh utk berhenti
-TELL - beritahu ahli keluarga dan kawan2
-ANTICIPATE -
merancang dan bersedia menghadapi cabaran dalam proses berhenti
-REMOVE - buang semua rokok dan apa jua yg berkaitan dengannya
-TALK berjumpa dan berbincang dengan doktor meminta nasihat dan bantuan

*saya pernah terlihat di iklan tv kat msia, ada satu ubat tu dipanggil SDETOX, yg mana perokok2 yg ingin berhenti merokok boleh mencuba ubat itu. insyaAllah ketagihan anda akan berkurangan~

Leia Mais

Friday, April 17, 2009

Bahaya Plumbum Kepada Badan~~

Ape itu lead poisoning... mungkin dikalangan pelajar2 perubatan ramai yg tahu mengenai penyakit ini... jika diterjemah ke dalam bahasa melayu perkataan demi perkataan ia bermaksud, ‘keracunan plumbum’. Apa yg dimaksudkan keracunan plumbum ini? Ini dimaksudkan adalah kondisi dimana sejenis besi plumbum meningkat dalam kandungan darah yg mana boleh menyebabkan kerosakan kepada saraf, penyakit buah pinggang, penyakit yg berkaitan dengan jantung dan turut membagikan kesan kepada sistem peranakan...


Jika bercakap mengenai sejarah mengenai penyakit sebegini sememangnya byk pengkajian tentangnya, yg mana penemuan penyakit ini telah bermula sejak 200 sebelum masihi.. pada zaman dahulu plumbum digunakan dalam utk MEMANISKAN ALCOHOL, INDUSTRI KOSMETIK (MAKE UP), dan lain2 lagi. Hari ini negara2 membangun sebenarnya adalah tinggi risiko utk rakyatnya mengidap lead poisoning ini disebabkan oleh wujudnya plumbum dalam CAT dan GASOLINE.


Simptom dan Kesan

Keracunan yg kronik sboleh menyebabkan penyakit berkaitan dengan saraf contohnya, KETIDAKBOLEHAN MENGENAL SESUATU BENDE (sementara), LOYA, SAKIT2 ABDOMEN, INSOMNIA (tidak boleh tidur waktu malam), KELETIHAN, HYPERACTIVITY (terlebih aktif), SAKIT DADA, SAKIT KEPALA dan RASA BESI PADA MULUTNYA... dalam kes yg teruk keracunan plumbum ini boleh menyebabkan SEIZURE (seluruh tubuh pesakit tiba2 bergetar-getar disebabkan hilang keseimbangan saraf dalam badan), COMA, dan MATI.

Terdapat juga simptom2 yg berkaitan dengan sistem pencernaan iaitu boleh mnyebabkan SEMBELIT, CIRIT BIRIT, MUNTAH, HILANG SELERA MAKAN, KEKURANGAN BERAT BADAN. Dan simptom2 yg lain yg boleh dikaitkan ialah, ANEMIA (kekurangan sel darah merah yg mana mengurangkan penghantaran oksigen ke otak), MASALAH BUAH PINGGANG, dan MASALAH PERANAKAN. Kadang tanda-tanda yg boleh dilihat dengan jelas tentang penyakit ini iaitu terdapat ‘garisan kebiru-biruan’ sepanjang gusi pesakit itu.


Rawatan

Rawatan sebenar keracunan plumbum ini ialah dengan mengurangkan pendedahan plumbum itu kepada pesakit itu sendiri. Satu therapy yg dipanggil chelation therapy dengan menggunakan VITAMIN C dalam rawatan itu membuktikan ia dapat mengurangkan peningkatan plumbum dalam darah seorang PEROKOK sebanyak 81%!! Ini disebabkan oleh VITAMIN C menghalang penyerapan plumbum dari pada saluran pencernaan kedalam darah.. dengan itu, plumbum yg masuk kedalam salur pencernaa akan keluar sebagai najis.
Penggunaan CALCIUM dalam wanita yg mengandung juga memberikan kesan yg sama dengan VITAMIN C tadi. Cara yg paling mudah rawatan ialah mengambil makanan yg kaya dengan CALCIUM seperti SUSU amatlah digalakkan utk mengurangkan potensi utk mendapatkan penyakit ini. Akan tetapi mengambil cecair calcium secara direct dengan kadar yg banyak secara injecton amatlah merbahaya kerana boleh menyebabkan terhentinya jantung kita dari berfungsi. Kadar CALCIUM yg ada dalam diet pemakanan kita sebenarnya dah cukup utk sistem pertahanan badan kita dari pelbagai penyakit seperti OSTEOPOROSIS (rapuh tulang dalam wanita).


Sebenarnya saya baru sahaja belajar mengenai lead poisoning ini dalam kuliah dan saya tertarik dengan penyakit ini. Doctor saya berpesan supaya setiap kali masak, kurang penggunaan periuk ALUMINIUM kerana terdapat kandungan plumbum di dalamnya yg boleh masuk kedalam makanan yg dimasak oleh kita.. doctor saya menyarankan kita semua menggunakan MANGKUK PYREX yg mana lebih selamat daripada keracunan plumbum itu tadi.


*sebarang fakta2 yg salah mengenai hasil tulisan saya boleh la di komen di ruangan komentar.

Leia Mais