Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pokok kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....


Wednesday, March 24, 2010

Imtihan~


Salam bahagia sume... gmbr diatas sudah terang lagi bersuluh menunjukkan itu adalah jadual utk final exam fakulti perubatan tahun 3 ain shams.. dan dengan terkeluarnya jadual ini, sudah tentu ada yg berkira2 mahu pulang utk ke malaysia... tapi ape2 pun dahulukan exam sblm berkira2 utk pulang ke msia atau tidak.. seeloknye kira dulu kemampuan utk menempuhi exam kali ni.. mampu tak kita mengatasi imtihan kali ini...

seperti yg kita tahu sememangnya imtihan tahun 3 ni memang kritikal dikalangan student2 medic.. disebabkan subjek2nye yg MEMBUNUH! kalau diikutkan rekod2 senior tahun2 lepas, smmgnya peratusan yg terkandas/resit paper adalah agak tinggi... dan sememangnya sebelum saya menempuhi tahun 3, saya sudah dinasihati oleh seorg senior saya dari tanta.. ringkas sahaja pesanan dia tapi merungkai maksud yg mendalam...

"Selamat menempuhi tahun 3"

dan kini saya dah lebih separuh jalan berada di tahun 3... dan sememangnya saya akui tersangat sibuk lah rasenye tahun ini...(ayat ape ni?) bukan kelas sampai ke malam ke ape.. tapi subjek yg dipelajari itu yg membebankan.. kadang2 terasa jugak give up.. tapi bila memikirkan yg saya sedang membawa amanah dari keluarga dan yayasan terengganu sendri, saya cuba jugak utk tidak berputus asa.. memang mulut mudah berkata utk tidak give up.. tapi bg sesiapa yg berada di tahun 2, atau 1, diharap kalian dapat bersedia dari segi mental dan fizikal.. smmgnya saya mendapat byk rungutan dari junior2 tapi PERCAYALAH bahawa bila anda berada ditahun 3, anda sepatutnya merasa bersyukur sbb bebanan di awal tahun pembelajaran medic ini tidak se susah tahun 3...

mendengar juga rungutan2 junior2 yg mengeluh tidak semangat, putus asa dalam pelajaran... tapi kalian kena tahu... itu baru sahaja sbhgian kecil dari ilmu perubatan ini... jangan mudah berputus asa.. bukan saya disini ini melemahkan semangat kamu.. saya dengan yakin rakan2 saya yg lain boleh mengatasi halangan ini dengan mudah.. kerana kalian dikurniakan otak2 yg cerdas kesemuanya... berbanding dengan saya.. smmgnya saya akui sy mempunyai otak yg agak lembap.. tapi alhamdulillah TUHAN telah kurniakan kepada saya satu sifat RAJIN dalam diri saya utk tekun dalam belajar.. sememangnya tuhan itu maha adil... kekurangan dalam diri saya, ditampung dengan kelebihan2 yg lain...

kalau diikutkan saya tidak mempunyai masa yg ckup utk menulis di blog, tapi saya rasa ini adalah salah satu jalan saya utk melepaskan sedikit tekanan daripada kuliah2 dan praktikal2 yg saya tempuhi sepanjang hari... merehatkan sedikit otak dari terus menerus menelaah pelajran.. so tidak salah juga kita spend mase kita utk benda yg kita suka kan?

maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana penulisan saya kali ini tidak lah baik sgt, kerana agak kekok utk menulis.. tidak byk yg saya tulis utk tahun 3 ini... sbrang kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendri...

3 comments:

Anonymous said...

btul tue maromi
yg pnting dont give-up !
ak skng pn dh koho2 slow down kijo luar.pasni kita sma2 conc. on study plak =)

mohdhilmi said...

komen atas tu ikhlas dri aku
mohdhilmi

Anonymous said...

abg lemi! terbaik ar! bereh abg lemi.. same2 kite menuju kejayaan! (komen ini dari maromi..mls nk log in ekpun..hahha)