Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pokok kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....


Wednesday, March 03, 2010

Selamat Pengantin Baru!

gmbr ini bukan sekadar hiasan ye... kiri : poksdare; kanan : mok sdare baru!

post ni khas utk bapa saudara aku yg baru saja mendirikan rumah tangga.. barakallahulakuma wa baraka'alaikuma wa jama'a bainakuma fikhair... (ala2 lagu maher zain..walaupun skrg tgh dengo lagu yuna..hehe).. semoga ikatan yg terjalin ini kekal hingga ke syurga, dikurniakan cahaya mata yg ramai yg soleh serta solehah belaka.

dengan terjalin hubungan Mohd Zalang bin Mohd dan Kak Syikin (tak tahu name penuh lagi!) maka dengan ini terlerai la tanda tanya bila lagi pok awang nk nikoh?? hahaha.. selalunya bapa saudara aku yg inilah sering diusik mengenai soal kawin2 ni.. sbb da lame menduda... muka hensem, harta ada, takkan la takde yg berkenan dihati kan?? yg aku tak puas ati ni knp mase aku takde kat msia??? jeles laa nk tgk pok awang kawen neh.. hins3x..

kpd psgn2 yg lain, yg bakal berkahwin, kawan2 ke, senior2, kalo junior2 dah ade hasrat yg nk kawin tu, (diri sendiri tak yah cakap la kan?) pasang la niat tu betul2.. nikahi wanita itu bukan kerana niat lain, kerana niat utk mendekatkan diri kpada Allah Taa'la..

Saidina Abbas r.a. berkata:

“Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin.”

dan Abdullah Mas'ud juga pernah berkata “seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang".... dan sememangnya nikah adalah sunnah yg dituntut oleh nabi...


merpati dua sejoli~~

TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI

1) Dapat menghasilkan keturunan dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka.

2) Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.

3) Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain

4) Dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat.

5) Dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:

i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.


Dan antara kelebihan2 seorg wanita itu berkahwin..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.... Wallahua'lam....

si kecil tak kurang heppynya time ade kawen2 ni....

ambillah pengajaran dari crite bawah ni... jgn jadi seperti begini yep!!



p/s : yg menulis post ini belum pun lagi berkahwin... ditambah dengan ilmu didada belum pun ckup... seandai ada salah silap dalam post ini, harap dimaafkan... kerana saya hanya menulis dengan apa yg saya tahu.... :)



2 comments:

Anonymous said...

bila plk gliran mami ni?hiiii

Anonymous said...

joe : aishh.. masih muda la aku ni joe.. lmbt lagi... dok masuk umo 20 pon lg.... aku bagi mu dulu la....