Lokasi : Abs Avenue (rumah aku)
Masa : 9am-3pm
Bil Yg Hadir : 31 org
3 tahun aku berada di Ain Shams University (ASU), dan ini adalah kali pertama kami buat majlis sebegini bersama2. meriah, dan tidak tergambar kegembiraan di wajah sahabat memadam keresahan peperiksaan akhir tahun yg bakal kami tempuhi tak lama lagi.. dengan adanya majlis2 sebegini sekurang2nya terubat juga rindu kami terhadap tanah air.. mana taknya... macam2 makanan adalah ;
nasi minyak ( nasi+ayam masak merah+ayam gulai+acar+sambal belacan+paceri nenas), dadih, mee goreng udang, ayam bbq, karipap, kueh gulung, air sarsi, buoh oren, tembikai susu, timun cine, cukelat dll...
tak mampu sy tuliskan disini..tapi apa yg sweet disini adalah kerjasama antara rakan2 dalam menyiapkan makanan2 tersebut.. hehehe
malam sebelum majlis bermula, kami bersama2 turun ke padang futsal untuk riadah mingguan.. alhamdulillah ramai yg turun menyertai.. sehingga kan satu team 12 org! melebihi kapasiti permainan bola padang lagi... tapi tujuan sebenar kami adalah utk merapatkan ukhuwah antara kami. malahan permainan futsal yg diadakan langsung tidak bermatlamatkn utk menang/menjaringkan gol.. semuanya adalah untuk suka suka~
gotong royong yg pada hari ini bermula seawal 830 pg memandangkan kesemuanya letih bermain bola pd mlm sebelumnya... walaupun agak lewat, semuanya berjalan dengan lancar dengan kehadiran ramai ahli2 batch. kerja2 memotong sayur2 dan ayam di lakukan dirumah saya sndri dan kerja2 membakar ayam dirumah Dr Aiman, tidak jauh dari rumah kami...
selepas solat jumaat di Gami' Nur, kami memulakan majlis dengan tahlil ringkas diketuai oleh Dr Rafiqi. dan setelah itu ucapan yg sgt ringkas dari ketua batch kami Dr Hakim. (hehehe).. dan akhir skali kami menyantap makanan2 yg ada didepan mata kami tanpa ada perasaan segan dan silu~
Saya : makan buah bagus utk kesihatan~
terima kasih yg tak terhingga kepada rakan2 yg terlibat secara langsung ataupun tak.. semoga majlis2 sebegini dapat diadakan lagi... dan kita jadikan majlis sebegini majlis tahunan utk kita mantapkan ukhuwah antara kita semua... mengambil pesan ketua batch, "kita belajar same2 kita balik same"~~
currently : letih blom tido, dapor belum kemas, adios
currently : letih blom tido, dapor belum kemas, adios
4 comments:
haihla.. nk pndoh umho besooo gop ar. buleh angkut se batch gi dumoh
meh3x... angkut 2 batch pun buleh lg... insyaAllah tak runtuh..ngeh3x
marami chef trbaek dari ladang.haha.len kali kita buat jamuan lg noh!
uish abg lemi.. abg lemi terbaik gop.. kalu dok, dok sedak doh lauk pauk kite nihhh
Post a Comment