Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pokok kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.....


Friday, June 26, 2009

Sate Ayam Kuah Kacang~~


kalau nk tgk camne bebudak laki masak, bace post ni... dengan amount kacang yg byk, sudah tertentu ramai yg terpikir "korg ni nk buat ape? Nak jual kacang ke?". kacang ini takde kene mengena dengan sebarang bisnes samaada bisnes menanam kacang, bisnes ABC, mahupun bisnes perusahaan kacang Ngan Nyin.. kacang kekacang ini juga tidak ade kait mengait antara pertandingan membilang kacang, pertandingan membuang kulit kacang, dan pertandingan makan kacang... andaian2 saudara fikirkan itu amatlah berlainan sekali dengan ape yg kami rancang...


sebenarnya tidak lama lagi, salah seorang naqib dari usrah kami akan mengerjakan umrah. untuk menghargai jasa beliau kami bersama seorg lagi naqib kami berkomplot utk mengadakan sedikit makan2 utk die... memandangkan sebelum ini dia yg byk menjadi ketua masakan dalam byk acara, kali ni kami membiarkan sahaja die menggoyangkan kakinya tanpa berbuat ape2 utk program kali ini. jika sebut sahaja nama USTAZ ISMAIL, ramai mesti terpegun, terbelahak, tercekik, tergamam disebabkan name yg begitu popular disekitar kawasan Haiyyu Asyir ini. ditambah pula dengan matanya yg berwarna coklat, sudah cukup utk membuatkan bunga2 dan daun2 di padang pasir berguguran...

proses yg hanya kami perlu buat ialah menyiapkan bahan2 yg mana antara proses yg paling sukar diatas muka bumi ini dipertanggungjawabkan kepada kami memandangkan komplot kami seorang lagi tu sibuk dengan program bazarnya. tidak dapat tidak, kami dengan menggunakan tulang2 jemari kami, sendi2 tangan dan lengan kami, utk menyediakan bahan2... masalah bermula apabila komplot kami ZULFIKRI menghasilkan satu idea yg direkanya sendiri iaitu mengeluarkan isi ayam dari tulangnya... pening punye pening terpakse jugak tnya naqib kami seorg lagi tu.. (USTAZ KAMAL).. sememangnya si Fikri ini suka mereka-reka idea2 pelik, diluar kotak pemikiran manusia biasa dan normal ini..


bila siap proses memotong ayam sudah siap, Si Kekacang pula menjadi mangsa... Si kekacang ini terpakse pula dimasakkan diatas dapur yg dinyalakan apinya... bukan diatas dapur yg hanya dibuka gas saja tanpa apinya... selepas menggoreng, menghancurkannya pula dengan menggunakan sahabat sejati Si Dapur iaitu Si Blender...

lepas siap sumenya, Si Ayam dan Si Kekacang itu dihantar ke rumah naqib kami... jadi itulah saja kerja kami... kepada sesiapa yg menunggu resepi sate dan kuah kacang, dengan maaf saya tak dapat sediakan disini... kerana saya hanya menjadi kuli menyiapkan bahan2 saja.. minta maaf kepada sesiapa yg letih membaca coretan ini... :)

14 comments:

jopik said...

bakpe name aku jer kene?
pdahal muke miji nge lukpi yg terpapar tuh!!
kuwang asam punye marami!!

Dr Marami said...

sblm aku jwb soklan mum, jawab soklan aku lu... doh bakpe mu letok name jopik oo.. takdok name lain doh ke..

nekmah said...

ha ha n ha...
sengal sgguh ye..
xlame nk blk jd gni plok..
adess..

Dr Marami said...

tula... sape suh gi bace post ni... kalu wak crite ni kompem kene bakar panggung wayang.. huhu

Nadhirah Ahmad said...

mcm lutpi j hop tgh blender k npe au o

Dr Marami said...

lutpi la tue.... sape lg... dokkang dok kenal doh~

amy mohd nor said...

hahahahahhahaahahahhahhaahhaah
aku ingtkam sep mg wat sungguh,cesssssssss..
setakat blend kacang n wat kuar isi ayam,peah pom boleh..
haihla haihla..
neway gas,name jopik tu siyes tak tahan aku..
cramp abdominal muscles aku gelok...

amy mohd nor said...

sowi,pembetulan,gas kepada gad*.
haiyaaaa wa penim maaa,overslept~hehehehe

Dr Marami said...

haih.. yg tahu resepi skrg adalah si lukpi.. sbb ml takdi die pkat wak ngat naqib aku.. hampeh guh.. dok royak ke org len spya dop tahu resepi... peah reti wak ndape... jari takdop..

dream said...

my name is variety ok..huhu..seumpama sungai nile yg punyai pelbagai name,begitu juga diriku ini..
"aku pikir sungai nile dan mesir itu jodoh"

Anonymous said...

woh panda dr mami kita

dohla pandai blajo panda plkk masok
sabit pon......hihi

Dr Marami said...

ok zul.. name u tak komersial k.. name u name kampung.. i rase nk muntah... utk en arestida... tulisan aku tak leh lawan ar ng penulisan mu... karangan BM A okmo... tekkang aku.. hua3

amy mohd nor said...

hahahaha gad..aku tau ayt tu dr mane..ngeh3

Dr Marami said...

ayat2 cinta.. geli zul.. jiwang...